Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak perlu beli suplemen mahal, 5 makanan ini boleh tingkatkan sistem imunisasi anak-anak

    Tidak perlu beli suplemen mahal, 5 makanan ini boleh tingkatkan sistem imunisasi anak-anak

    By Zubaidah IbrahimApril 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENGAMALKAN gaya pemakanan yang sihat sangat penting untuk kesihatan anak-anak.- GAMBAR HIASAN/PRESSFOTO/ FREEPIK

    PERLINDUNGAN kesihatan anak-anak sangat penting apatah lagi kita masih berjuang menentang Covid-19 dan kehadiran pelbagai virus baharu cukup membimbangkan ibu bapa.

    Dalam usaha melindungi diri dan keluarga daripada virus berbahaya, ramai orang mengamalkan suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh.

    Terdapat pelbagai makanan tambahan kesihatan atau suplemen yang ditawarkan di pasaran untuk meningkatkan sistem daya tahan badan kerana pada usia kanak-kanak sistem imunisasi masih lemah berbeza dengan orang dewasa.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pengambilan suplemen kesihatan itu tidak akan bermakna jika anak-anak tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

    “Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh daripada ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

    “Oleh itu, kita akan dapati ada anak-anak yang sihat serta ada anak-anak yang mudah jatuh sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.

    ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Adenovirus menyerang kanak-kanak, sistem imun lemah – Relevan

    “Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang bermanfaat untuk meningkat daya tahan anak-anak kita,” kongsi beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Berikut beliau menyarankan lima jenis makanan yang dapat meningkatkan daya tahan anak-anak:

    1.   Brokoli

    Sayuran ini mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu brokoli juga mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian distim bersama nasi dalam periuk yang sama.

    BROKOLI mengandungi vitamin A, C, dan E. – FOTO OLEH ROBERT OWEN-WAHL/PIXABAY
    1.   Bayam

    Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Anda juga boleh stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.

     

    KANDUNGAN antioksidan dalam sayur bayam sangat tinggi.- FOTO OLEH ALINE PONCE/ PIXABAY
    1.   Bawang putih

    Bawang putih mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi, bawang putih bagus dicampurkan sedikit dalam makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.

    BAWANG putih mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus.- FOTO OLEH JACQUELINE MACOU/PIXABAY
    1.   Kunyit

    Kunyit mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.

    KUNYIT mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang.- FOTO OLEH STEVE BUISSINNE/PIXABAY

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 nutrien penting untuk badan dan kesihatan mental – Relevan

    1.   Betik

    Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain yang berfungsi sebagai antikeradangan.

    Buah ini juga mengandung vitamin B, potassium dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji betik sangat tinggi.

    BETIK adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain yang berfungsi sebagai antikeradangan.- FOTO OLEH SARAY VILLAR/PIXABAY

    Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi khasiat. Latih anak-anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam pemakanan seharian. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

    –   RELEVAN

    Previous ArticleBesar pengaruh, besarlah tanggungjawab
    Next Article Terlajak berbelanja untuk hari raya? Pakar kongsikan tip bina semula simpanan

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.