Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cikgu Abol didik pelajar jadi menteri

    Cikgu Abol didik pelajar jadi menteri

    By Hasif IdrisMarch 6, 2023Updated:March 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HASBOLLAH (kiri) berbual bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang merupakan salah seorang pelajarnya.

    “SEPANJANG mengajar tak pernah seorang penjaga datang sekolah kerana tak berpuas hati anaknya dirotan.”

    Itu perkongsian pengalaman seorang guru yang menabur bakti lebih tiga dekad di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (Samten).

    Hasbollah Mohd. Dahalan, 60, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Abol dalam kalangan pelajar sekolah diberi tanggungjawab mengajar subjek matematik dan matematik tambahan sejak 1991 di sekolah tersebut.

    Dilantik sebagai guru disiplin sehingga memegang jawatan terakhir sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Cikgu Abol dikenali dengan perwatakan tegas ketika mengajar.

    Katanya, setiap pelajar yang lewat memasuki kelasnya akan dikenakan denda dengan dirotan menggunakan pembaris di bahagian jari.

    HASBOLLAH

    “Saya bukan suka-suka rotan pelajar sebab itu adalah cara saya mendidik mereka berdisiplin dan patuh dengan masa.

    “Sebagai murid, mereka perlu menjaga adab dengan guru dan tidak pernah timbul sebarang isu cedera akibat dirotan sebab kaedah itu juga mendapat rujukan daripada pihak berautoriti lain.

    “Malah, ada ibu bapa jumpa saya siap bagi kebenaran lagi asalkan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak mereka,” ujar beliau.

    Walaupun dianggap sebagai guru paling menggerunkan di sekolah, ternyata keakraban dirinya dengan pelajar tidak dapat disangkal.

    Di sebalik ‘garang’, beliau juga adalah guru yang paling kuat menyakat dan berseloroh dengan pelajar. Sudah menjadi tradisi bagi Cikgu Abol, setiap pelajar akan dipanggil dengan nama bapa masing-masing.

    “Saya marah pada keadaan tertentu sahaja dan selepas itu akan bersama dengan pelajar semula. Marah itu juga adalah tanda sayang kepada pelajar,” katanya.

    Bertugas sebagai warden asrama menyebabkan kebanyakan masanya adalah bersama pelajar. Jasa dan pengorbanannya diingati setiap bekas pelajar, sehingga majlis meraikan persaraannya baru-baru ini dihadiri ramai alumni sekolah itu.  

    Sepanjang 33 tahun menabur bakti dalam bidang pendidikan, Cikgu Abol pernah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak empat kali daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan.

    Tak pernah gagal matematik tambahan

    Berasal dari Hulu Langat, bapa kepada empat orang cahaya mata ini pernah muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) semasa menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat.

    Dia kemudian menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang sebelum mendapat tawaran melanjutkan pengajian diploma dan ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Kongsinya, dia tidak memilih subjek matematik ketika itu, sebaliknya mengambil jurusan Sains Perikanan dan banyak mempelajari tentang biologi semasa di universiti.  

    Menceritakan detik ketika mula-mula menjadi guru, Cikgu Abol memberitahu, selepas menamatkan pengajian di UPM, kebetulan seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui menawarkannya untuk menggantikan sementara guru yang sedang berpantang selepas bersalin.

    Bertitik tolak daripada itu, minatnya mula bercambah dan mula memasuki Samten susulan berlaku kekosongan jawatan guru.

    “Saya mengajar di Samten pada 1991 dan waktu itu belum ada aliran sains lagi. Subjek matematik tambahan pula tiada guru yang nak mengajar. Jadi, saya diminta mengajar subjek tersebut.

    “Walaupun sudah lama meninggalkan subjek itu ketika di tingkatan lima, tetapi saya masih ingat untuk mengajar semula subjek yang paling ditakuti pelajar sehingga sekarang,” tuturnya.

    Anak murid jadi menteri

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek antara bekas pelajar yang pernah menuntut di sekolah tersebut selama lima tahun sejak tingkatan satu.

    Semasa majlis persaraan tersebut, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu sempat meluangkan masa meraikan gurunya yang sudah mengajar sejak zamannya bergelar pelajar Samten.

    Kongsinya, Cikgu Abol memberikan kesan sangat besar terhadap kemenjadian dirinya sepanjang menuntut ilmu di sekolah itu.

    “Zaman saya, sekolah ini dahulu sangat susah sebab asalnya kami dari bangunan sekolah di Batu 9 sebelum berpindah ke sini. 

    “Saya adalah pelajar kelompok kedua yang berpindah ke bangunan ini dalam keadaan sekolah yang tidak mempunyai fasiliti. Kemudahan tidak pernah cukup ketika itu.

    “Kalau tak ‘bergaduh’ dengan Cikgu Abol dahulu mungkin saya tak jadi peguam. Sepanjang 20 tahun jadi peguam, sekolah ini banyak memberi ruang dan peluang kepada saya. Hari ini, siapa sangka Menteri Pendidikan datang dari Samten,” katanya semasa majlis persaraan gurunya, baru-baru ini.- RELEVAN

    Previous Article1 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

    Artikel berkaitan

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.