Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dakwah anak muda dengan skateboard

    Dakwah anak muda dengan skateboard

    By Zubaidah IbrahimFebruary 13, 2023Updated:February 13, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERTANDINGAN Skate For All mengetengahkan bakat pemain berusia bawah 12 tahun dan bawah lapan tahun yang berlangsung di Skate Park Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    SEIRING peredaran waktu, penerimaan masyarakat di negara ini terhadap sukan luncur papan selaju (skateboard) semakin bertambah baik dan sekali gus, mengikis persepsi buruk.

    Sukan dan aktiviti sebegini juga dilihat sebagai alternatif terbaik kepada ibu bapa untuk mencegah anak-anak daripada terlalu taksub dengan gajet sehingga menjadi antisosial dan menjalani kehidupan tidak sihat tanpa mengeluarkan setitik peluh.

    Melihat kepada peningkatan minat anak muda terhadap sukan ini, buat julung-julung kalinya pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menganjurkan pertandingan Skate For All dengan berkolaborasi bersama Joe Ipoh yang berlangsung di Skate Park Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

    SUKAN luncur papan selaju memberi keyakinan dan fokus yang tinggi kepada anak-anak.

    Menurut Ustaz Don, permainan sukan luncur papan selaju ini merupakan salah satu cabang dakwahnya dan cara beliau mendekati generasi muda bagi menyampaikan keindahan Islam.

    “Semua orang boleh main papan selaju, tidak ada masalah dan saya ingin tekankan di sini kita boleh buat apa sahaja tanpa perlu menggadaikan agama.

    “Contohnya macam hari ini, kita mulakan dengan Al-Fatihah dan doa serta berselawat dalam acara pertandingan luncur papan selaju,” katanya ketika ditemui Relevan.

    Tambah Ustaz Don, beliau meminati sukan luncur papan selaju sejak di usia remaja tetapi pada ketika itu kos untuk sukan ini mahal dan tidak ada banyak kedai yang menjualnya.

    USTAZ Don menunjukkan edisi khas papan selaju hasil kolaborasi bersama Joe Ipoh.

    Namun, setelah berpeluang belajar di Mesir, beliau mula berjinak-jinak dengan sukan luncur papan selaju dan sukan-sukan lasak yang lain.

    Ujar beliau, penganjuran pertandingan Skate For All adalah cita-citanya yang tersimpan sejak sekian lama.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biar anak ketagihan gajet, bahaya untuk kesihatan mental dan fizikal – Relevan

    Bagi meneruskan cita-cita dan memperluas kerja dakwah, Ustaz Don berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak acara sukan luncur papan selaju pada masa akan datang.

    Skate For All mempertandingkan kategori bawah lapan tahun dan bawah 12 tahun yang dibahagikan kepada lelaki dan perempuan dengan menerima lebih 30 penyertaan.

    Sementara itu, Johary Fitry Khairuddin atau lebih dikenali sebagai Joe Ipoh berkata, ibu bapa sekarang sudah terbuka untuk menghantar anak-anak pergi kelas luncur papan selaju.

    “Dahulu sukan ini dianggap negatif dan dimainkan oleh sekumpulan budak nakal di jalanan serta membuat vandalisme di tempat awam.

    “Berbeza dengan masa sekarang, disediakan tempat lebih selamat (skate park) dan teratur untuk anak-anak bermain. Tidak lagi bermain di tepi-tepi jalan.

    “Sukan ini juga membuka ruang kerjaya yang besar kepada anak muda, malah turut dipertandingkan dalam sukan Olimpik 2020,” katanya yang pernah mewakili negara dalam acara luncur papan selaju.

    PENAMPILAN istimewa Ustaz Don dan Joe Ipoh beraksi di atas papan selaju sempena acara Skate For All.

    Jelas pemilik jenama The G Hard itu, sukan luncur papan selaju memberi keyakinan dan fokus yang tinggi kepada anak-anak sama seperti bermain sukan memanah. Sukan ini memerlukan kita berfikir dan tidak boleh hentam semberono.

    Dalam pada itu, salah seorang ibu peserta Skate For All, Azifah Azroon, 43, berbangga dengan pencapaian kedua-dua anaknya dalam pertandingan tersebut yang mana masing-masing membawa gelaran juara bagi kategori bawah 12 tahun (perempuan) dan bawah lapan tahun (lelaki).

    “Mereka mula bermain papan selaju ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021. Dalam tempoh itu kita tidak boleh keluar dari rumah dan anak-anak bosan tidak ada aktiviti yang boleh dibuat.

    “Kebetulan anak-anak melihat papan selaju lama bapa mereka dan mula bertanyakan untuk bermain dengannya.

    DARI kiri Adelia Haziqah Amirul Hisyam menjuarai kategori bawah 12 tahun (perempuan) manakala adiknya, Abdurrahman Hafiy menjuarai kategori bawah lapan tahun (lelaki).

    “Ayah mereka pernah main papan selaju ketika di zaman universiti tetapi tidak ada rakan-rakan yang bermain bersama membuatkan minat itu mati di tengah jalan,” cerita ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

    Akuinya, sejak bermain papan selaju, dua orang anaknya itu lebih berdisiplin menjaga masa kerana perlu membahagikan masa dengan aktiviti luncur papan selaju dan pembelajaran di sekolah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak – Relevan

    Jelas Azifah lagi, aktiviti papan selaju juga mengelakkan anak-anaknya daripada bermain gajet terlalu lama dan ia juga membantu mereka bergaul serta berkomunikasi dengan baik ketika berjumpa rakan-rakan dalam acara pertandingan atau semasa sesi latihan.- RELEVAN

    Previous ArticleKes baharu Covid-19 bawah 200, sifar kematian
    Next Article Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.