SEMALAM mencatatkan sebanyak 142 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 309 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,034,972 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 267 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,987,828 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,932 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,866 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,212 kes dengan 9,859 kes atau 96.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 337 kes atau 3.3% pesakit dirawat di hospital, 5 kes atau 0% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 11 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN