ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 360 kes semalam berbanding 402 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,027,457 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 423 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,978,792 kes.
Sebanyak satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,848 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,854 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,807 kes dengan 11,197 kes atau 94.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 580 kes atau 4.9% pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN