SEBANYAK 858 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 984 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,021,242 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,119 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,969,828 kes.
Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,824 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,846 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 14,590 kes dengan 13,685 kes atau 93.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 859 kes atau 5.9% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 23 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN