Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jumlah kekosongan pekerjaan menurun 5.9%

    Jumlah kekosongan pekerjaan menurun 5.9%

    By December 22, 2022Updated:December 22, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur kekal sebagai negeri dengan kekosongan pekerjaan terbanyak pada suku tahun ketiga 2022. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    JUMLAH kekosongan pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia pada suku tahun ketiga 2022 menurun 5.9 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

    Analisis Data Raya Penawaran Pekerjaan di Malaysia Suku Tahun Ketiga 2022 oleh Jabatan Perangkaan mendapati, jumlah kekosongan pekerjaan menurun kepada 190,170 kekosongan berbanding 202,102 kekosongan pada suku tahun kedua.

    Dalam suku tahun ketiga, bulan September mencatatkan jumlah kekosongan tertinggi dengan 69,991 kekosongan, diikuti Ogos (66,093 kekosongan) dan Julai (54,086 kekosongan).

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya

    Jumlah syarikat yang menawarkan pekerjaan juga menurun pada suku tahun ketiga berbanding suku sebelumnya.

    Pada suku tahun kedua, jumlah syarikat yang menawarkan pekerjaan adalah sebanyak 46,283 syarikat. Ia menurun 14.7 peratus kepada 39,472 syarikat pada suku tahun ketiga.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Seperti suku tahun kedua, kategori profesional masih merupakan pekerjaan dengan  kekosongan tertinggi pada suku tahun ketiga. Sebanyak 87,587 kekosongan dicatatkan kategori tersebut, diikuti kategori juruteknik dan profesional bersekutu (34,434 kekosongan) serta pengurus (24,417 kekosongan).

    Kategori dengan kekosongan paling sedikit pula merupakan pekerja kemahiran pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan dengan 277 kekosongan, diikuti pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan (4,052 kekosongan) serta operator mesin dan loji dan pemasang (8,312 kekosongan).

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 sebab anda wajar memilih kerjaya dalam bidang IT

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal sebagai negeri dengan kekosongan tertinggi iaitu sebanyak 79,183 kekosongan pada suku tahun ketiga, sedikit menurun berbanding 88,500 kekosongan pada suku tahun kedua.

    Selangor pula mencatatkan 27,424 kekosongan pada suku tahun ketiga, diikuti Johor (14,815 kekosongan), Pulau Pinang (6,340 kekosongan) dan Melaka (3,138 kekosongan).

    Dari segi sektor, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal mencatatkan lonjakan kekosongan pekerjaan apabila mencatatkan 45,150 kekosongan pada suku tahun ketiga.

    Ia meningkat berbanding 38,236 kekosongan yang dicatatkan pada suku tahun kedua, sekali gus menjadikan sektor itu sebagai sektor dengan kekosongan pekerjaan tertinggi pada suku tahun ketiga.

    ARTIKEL BERKAITAN: Platform cari kerja yang pemburu kerja perlu tahu

    Sektor yang mencatatkan kekosongan tertinggi pada suku kedua, iaitu pembuatan mencatatkan penurunan kekosongan pada suku tahun ketiga daripada 42,188 kepada 40,903 kekosongan.

    Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal merekodkan 21,150 kekosongan pada suku tahun ketiga, diikuti aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman (13,161 kekosongan) serta aktiviti kewangan dan insurans/takaful (13,141 kekosongan). – RELEVAN

    Previous ArticleLindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir
    Next Article 858 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.