Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Saintis Rusia hidupkan virus haiwan purba, ancam kesihatan awam

    Saintis Rusia hidupkan virus haiwan purba, ancam kesihatan awam

    By December 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAINTIS dari Pusat Virologi Vektor memeriksa bangkai haiwan Zaman Ais yang diawet seperti mamot dan badak sumbu.- GAMBAR OLEH Nina Sleptsova/NEFU

    TINDAKAN sekumpulan saintis dari Pusat Penyelidikan Virologi Negeri Vektor di Siberia, Rusia yang menghidupkan semula virus haiwan purba Zaman Ais mencetuskan kebimbangan ramai, malah pakar-pakar turut memberi amaran risiko virus itu merebak.

    Pasukan saintis dari bandar Novosibirsk, Siberia itu sedang berusaha untuk menghidupkan semula virus prasejarah Paleovirus yang telah tidak aktif selama hampir setengah juta tahun.

    Mereka telah memeriksa bangkai haiwan Zaman Ais yang diawet seperti mamot dan badak sumbu dengan tujuan mengekstrak serta mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan-haiwan itu.

    Kebimbangan tersebut disuarakan kerana dikhuatiri virus haiwan purba itu akan menjangkiti makhluk hidup pada masa kini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Saintis menjumpai ‘virus zombi’ pada tasik beku yang mencair di Rusia – Relevan

    “Penyelidikan Vektor sangat berisiko. Sistem imun kita tidak pernah menemui jenis virus ini. Ada diantara virus itu berumur 200,000 atau bahkan 400,000 tahun.

    “Saya tidak yakin bahawa segala maklumat adalah yang terkini,” ujar Profesor Jean-Michel Claverie dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan di Universiti Aix-Marseille.

    Walaupun dikatakan virus tersebut selamat di makmal itu dengan beberapa garis panduan ketat, tetapi kemalangan boleh sahaja terjadi.

    Apatah lagi di makmal tersebut pernah terjadi letupan gas pada September 2019 yang pada ketika itu menyimpan virus penyakit berbahaya seperti wabak Bubonik, Antraks dan Ebola.

    Seorang pekerja makmal mengalami luka terbakar tahap tiga dalam letupan tersebut.

    Satu lagi tragedi di makmal itu pada tahun 2004 yang menyebabkan kematian seorang pekerja selepas dia secara tidak sengaja menusuk dirinya dengan jarum yang mengandungi virus Ebola.

    Makmal itu juga dikenali sebagai salah satu daripada dua tempat di dunia yang menyimpan virus cacar.

    Sementara itu, Pakar Biosekuriti di King’s College London, Filippa Lentzos, memberi amaran bahawa makmal yang paling selamat juga boleh terdedah kepada risiko.

    “Ramai di antara kita yang menganalisis dan mengikuti apa yang mereka lakukan, tetapi tidak yakin bahawa ia akan memberi manfaat, sebaliknya membuka risiko lebih besar.

    “Walaupun dengan amalan dan peraturan keselamatan ketat, tetapi kemalangan masih boleh berlaku,” katanya.

    Haiwan yang dikaji di Vector ditemui di wilayah Yakutia yang mana suhu boleh menjunam ke paras terendah iaitu -55 darjah Celsius.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kaitan sindrom Ramsay Hunt, virus cacar air dan kayap – Relevan

    Ia adalah tapak yang sama di mana saintis Perancis baru-baru ini mengenal pasti lebih berpuluh-puluh virus prasejarah.

    Salah satu virus itu dipanggil Pandoravirus yedoma yang berasal dari badan mamot yang diawetkan, badak sumbu dan kuda prasejarah.

    Ini bukan kali pertama saintis menemui virus purba dalam ekosistem yang membeku.

    Pada tahun 2014, penyelidik yang sama menemui virus berusia 30,000 tahun yang membeku dan mendapati bahawa selepas sekian lama, ia masih mampu menjangkiti organisma.

    Para saintis telah mencairkannya untuk menilai kesannya terhadap kesihatan awam.

    Walau bagaimanapun, penemuan itu menimbulkan ancaman yang sangat nyata dan membimbangkan kepada manusia kerana apabila mencair ia membebaskan bahan kimia dan mikrob yang terperangkap di sana.

    Pada 2016, seorang kanak-kanak meninggal dunia dan berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital selepas wabak antraks di Siberia.

    Gelombang haba yang mencairkan telah mencungkil keluar bangkai rusa kutub yang dijangkiti virus Antraks beberapa dekad lalu.

    Kira-kira 2,300 rusa kutub mati akibat jangkitan wabak itu.- RELEVAN

    ancaman featured haiwan purba virus

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.