Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keindahan dunia bawah laut Irwan Ismail

    Keindahan dunia bawah laut Irwan Ismail

    By December 1, 20227 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IRWAN mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai jurulatih selam skuba.- FOTO OLEH IRWAN ISMAIL

    KEINDAHAN dunia lautan yang terbentang luas beserta keunikan ‘penduduk’ di dalamnya akan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dan membangkitkan kerinduan mendalam.

    Itu yang dirasai oleh Irwan Ismail, 43, ketika pertama kali menyelam skuba sehingga dia mengambil keputusan untuk ‘bersama’ dengan laut dan berkongsi ilmu selaman skuba.

    Cerita Irwan, pada mulanya dia mencuba aktiviti selaman skuba sekadar hobi dan mengambil keputusan menyelam buat pertama kali di Pulau Mabul, Sabah bagi merasai sendiri keindahan di dasar laut.

    IRWAN

    “Saya banyak melihat dokumentari yang menceritakan tentang apa yang ada di dasar laut, lantas ia menguatkan lagi keinginan untuk mencuba menyelam skuba.

    “Minat terhadap lautan itu telah didorong sejak kecil apabila arwah ayah suka mendedahkan anak-anak kepada dunia lautan seperti memancing dan selam snorkel (snorkeling).

    JURULATIH SELAM SKUBA

    “Selain itu, kami sekeluarga juga sering bercuti di pulau,” katanya yang kini merupakan jurulatih selam skuba di bawah agensi Professional Association of Diving Instructors (PADI).

    Kecintaan yang mendalam terhadap lautan membuatkan Irwan mengambil keputusan untuk menjadi jurulatih selam skuba sepenuh masa di Pulau Tioman, Pahang sejak 10 tahun yang lalu.

    Jelasnya, menyelam di lautan memberikan pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana kita berada di alam yang sangat indah dan menakjubkan.

    “Dunia bawah laut sangat berbeza dengan di daratan kerana di sini kita dapat lihat batu karang berwarna-warni, hidupan laut yang unik dan suasana juga cukup menenangkan.

    “Pemandangan di lautan sama seperti yang kita tengok di televisyen, tetapi berbeza jika dapat menyelam dan melihatnya di depan mata, rasa lebih puas!” tuturnya yang sebelum ini berpengalaman 18 tahun sebagai pereka grafik.

    Sehubungan itu, berbekalkan kecintaan terhadap laut dan minat mengajar, Irwan mengambil keputusan untuk menjadikan jurulatih selam skuba sebagai kerjaya tetap dan kini sudah mempunyai pusat selaman sendiri di Pulau Tioman yang dikenali sebagai Sorte Met Stella Scuba di bawah agensi PADI.

    KEUNIKAN hidupan di dalam laut dan pemandangan yang menakjubkan membuatkan Irwan jatuh cinta dengan dunia lautan.- FOTO OLEH IRWAN ISMAIL

    Bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam dunia selaman skuba, bapa kepada seorang cahaya mata itu

    juga berbakat besar dalam seni fotografi dan videografi termasuklah merakam gambar serta video di dalam laut.

    Kepakarannya sebagai jurugambar dan juruvideo profesional di bawah laut ditagih oleh syarikat pengiklanan serta perfileman untuk merealisasikan projek yang dinginkan klien.

    Mengulas lanjut mengenai kerjaya sebagai jurulatih selam skuba, Irwan memberitahu, bidang tugasnya itu mempunyai cabang yang sangat luas dengan mengajar pelbagai kemahiran selaman seperti air terbuka (open water), kursus lanjutan, Emergeny First Response (EFR), Rescue Diver Course dan Divemaster.

    “Antara syarat wajib untuk bergelar seorang jurulatih selam skuba ialah perlu menyelesaikan 100 log selaman (rekod selaman di dalam laut) dan pengalaman menyelam sekurang-kuranya satu tahun.

    KURSUS DAN LATIHAN DALAM AIR

    “Sebaiknya, kita sebagai jurulatih selam skuba hendaklah mempunyai pengalaman yang luas dalam air (latihan di peringkat Divemaster biarlah mengambil masa yang lama).

    “Lebih banyak masa yang diluangkan untuk latihan air, lebih banyak pendedahan pengalamannya.

    “Pengalaman penting ketika kita berurusan dengan dunia lautan. Secara teorinya, air tiada masalah, tetapi apabila hendak digunakan di lautan sebenar, maka di situ pengalaman tersangatlah penting,” ujarnya yang memasang impian untuk membuka perniagaan berkaitan selaman skuba di luar pulau.

    SELAIN bergelar jurulatih selam, Irwan juga merupakan jurugambar dan juruvideo profesional bawah air.- FOTO OLEH IRWAN ISMAIL

    Untuk melengkapkan diri sebagai jurulatih selam, Irwan melalui beberapa kursus dan latihan berterusan seperti open water, selam rekreasi, kursus lanjutan, EFR dan Rescue Diver Course sehinggalah dia memperoleh lebih 100 log selaman.

    Jelas Irwan, jurulatih selam skuba dalam agensi PADI sebenarnya mempunyai lima peringat utama iaitu jurulatih Open Water Scuba, Master Scuba Diver Trainer, Instructor Development Course (IDC) Sta­ff Instructor, Master Instructor dan Course Director.

    “Jurulatih Open Water Scuba adalah peringkat pertama untuk menjadi jurulatih selepas menamatkan kursus Divemaster.

    “Master Scuba Diver Trainer pula memiliki sekurang-kurangnya lima kepakaran khusus dan berjaya melahirkan 25 pelajar yang menamatkan kursus di bawahnya.

    “Jurulatih di peringkat IDC Staff­ Instructor mempunyai peranan membantu Course Directors untuk mengajar calon bagi mempersiapkan diri menjadi seorang jurulatih,” ulas anak ketiga daripada empat beradik itu.

    Irwan memberitahu, Master Instructor adalah seseorang yang mempunyai pengalaman luas dan telah mentauliah semua peringkat jurulatih dalam dunia selam seperti Divemaster, pembantu jurulatih dan jurulatih EFR.

    Bagi Course Director pula, ini adalah tahap tertinggi dalam hierarki jurulatih selam skuba yang mana tugasnya adalah memberi latihan kepada calon jurulatih skuba.

    “Course Director akan memastikan calon itu benar-benar layak dan bersedia sebelum melepaskannya untuk dinilai oleh jurulatih pemeriksa dari pihak PADI.

    “Saya kini di peringkat Master Instructor dan juga sebagai EFR Instructor Trainer,” kongsinya yang sedang membuat persiapan untuk bergelar Course Director.

    Untuk bergelar Course Director, calon bukan sahaja perlu menguasai kepakaran khusus tahap tinggi, tetapi juga menelan kos yang besar iaitu hampir RM50,000.

    HAMPIR 1,000 orang pelajar telah berjaya menamatkan kursus selaman bersama Irwan. – FOTO OLEH IRWAN ISMAIL

    Tambah Irwan, rata-rata pelajarnya terdiri daripada pelancong tempatan dan luar negara, mereka yang mahu mendalami ilmu asas selaman skuba dan juga di peringkat professional.

    Untuk mendapatkan lesen permulaan (kursus open water), pelajar perlu mengikuti tiga segmen pembelajaran iaitu teori, latihan di air terkawal dan di kawasan air terbuka seperti laut atau tasik.

    DUNIA LAUTAN

    Bagi setiap sesi pengajaran Irwan lebih suka mengambil bilangan pelajar yang sedikit iaitu maksimum enam orang kerana mahu lebih fokus ketika menyampaikan ilmu.

    “Dunia lautan kita tidak boleh nampak macam kolam renang kerana di sini ada ombak, arus dan jarak penglihatan yang hendak diberi perhatian.

    “Selain itu, saya juga perlu bersedia menghadapi masalah pelajar yang takut air, cepat panik dan resah kerana terlalu banyak berfikir.

    “Satu sesi pembelajaran mengambil masa selama 45 minit hingga sejam dan setiap hari saya akan mengajar menyelam di lautan sekitar tiga hingga empat kali” ujarnya yang telah membuat 8,000 log selaman dan hampir 1,000 orang pelajar yang berjaya menamatkan kursus di bawahnya.

    Kepada mereka yang mahu cuba menyelam skuba, Irwan menasihatkan agar tidak ragu dengan diri sendiri dan buat selaman percubaan beberapa kali sebelum mengambil lesen.

    SETAKAT ini, IRWAN telah membuat 8,000 log selaman.- FOTO OLEH IRWAN ISMAIL

    “Antara sebab mereka panik dan takut dengan air adalah kebiasaannya ada kes trauma ketika kecil dan tidak pandai berenang. Oleh itu, menjadi syarat wajib anda perlu pandai berenang sekiranya ingin menyelam skuba.

    “Jurulatih yang berpengalaman boleh ‘baca’ seseorang itu sama ada boleh menyelam atau pun tidak ketika di tahap air terkawal dan menjadi tugas kami untuk membantu mereka menyelesaikan kursus tersebut.

    “Teknik dan pendekataan untuk setiap pelajar juga berbeza kerana situasi mereka tidak sama,” ulasnya yang menerima Anugerah Elite Instructor daripada PADI selama enam tahun berturut-turut.

    Walaupun berdepan pelbagai ragam pelajar, tetapi melihat mereka berjaya menguasai kemahiran selaman dengan baik dan selamat membuatkan Irwan berasa sangat puas.

    Di samping itu, dia turut berpesan agar tidak terpengaruh dengan tawaran harga pakej kursus selaman yang rendah sebaliknya, perlu melihat kepada pengalaman jurulatih itu sendiri.

    Sebelum mengakhiri temu bual, Irwan turut berkongsi apa yang boleh dan tidak boleh ketika menyelam seperti berikut:

    • Jaga daya apungan supaya dapat menyelam dengan lebih selesa, tidak merosakkan terumbu karang dan juga mencederakan diri sendiri mahupun hidupan laut.
    • Kekalkan buddy system sebagai rakan penyelaman.
    • Dengar taklimat selaman yang diberikan oleh jurulatih atau Divemaster.
    • Jangan menyentuh apa jua hidupan laut.
    • Jangan melebihi had masa keselamatan yang tertera pada komputer selaman atau perancangan selaman yang telah dipersetujui sebelum melakukan selaman.
    • Jangan sesekali tahan nafas kerana ia boleh cederakan diri sendiri.

    – RELEVAN

    featured lautan selam skuba
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.