JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,516 kes semalam berbanding 2,121 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,971,936 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,643 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,908,313 kes.
11 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tujuh daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,620 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,794 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,003 kes dengan 25,071 kes atau 92.8 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,839 kes atau 6.7% pesakit dirawat di hospital, 34 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 59 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN