SEBANYAK 3,969 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,913 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,909,846 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,696 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,840,348 kes.
Sebanyak dua kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,480 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 33,018 kes dengan 21,458 kes atau 95.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,497 kes atau 4.5% pesakit dirawat di hospital, 16 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 47 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN