Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak

    6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak

    By Umi FatehahSeptember 29, 2022Updated:September 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak. - Gambar Hiasan: Mohd Farizwan Hasbullah/Kosmo

    INFLASI merujuk kepada ukuran kadar kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi. Peningkatan harga barangan keperluan asas seperti makanan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat.

    Inflasi boleh berlaku dalam hampir mana-mana barangan atau perkhidmatan, termasuk perbelanjaan berasaskan keperluan seperti makanan, rumah, perubatan dan utiliti serta perbelanjaan kemahuan seperti kosmetik, kereta dan barang kemas. 

    Dalam tempoh inflasi ini, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengubah cara menguruskan kewangan bagi membantu melindungi nilai tunai dan simpanan.

    Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tetapi dengan membuat perubahan cara berbelanja dan tingkatkan simpanan wang, besar kemungkinan anda akan mengharungi fasa inflasi dengan cabaran yang rendah.

    Berikut ialah beberapa cara untuk mengukuhkan simpanan anda dalam tempoh inflasi seperti yang dikongsikan oleh Bank Rate.

    • Dahulukan simpanan

    Kebiasaannya, ramai yang mempunyai tabiat berbelanja dahulu dan menyimpan kemudian. Tetapi, lama kelamaan gaji habis dibelanjakan tanpa sedar, sehingga untuk menyimpan juga sudah tidak mampu.

    Itulah sebabnya penting untuk merancang lebih awal. Biasakan diri dengan tabiat menyimpan dahulu, kemudian baru berbelanja. Simpanan peribadi sangat penting kerana ia menjamin kelangsungan kehidupan. Lebih-lebih lagi ketika dalam situasi krisis ekonomi.

    Amaun yang perlu anda simpan bergantung kepada beberapa cara, termasuk jumlah pendapatan, saiz isi rumah dan matlamat simpanan. Strategi yang paling biasa digunakan ialah peraturan 50/30/20.

    Pada dasarnya, 50 peratus (%) daripada pendapatan perlu dibelanjakan untuk barangan keperluan dan komitmen. 30% pula diasingkan untuk pembelian barangan kehendak dan 20% lagi untuk simpanan.

    • Tetapkan keutamaan perbelanjaan, fokus untuk membayar hutang

    Sebaik sahaja anda telah mengetepikan beberapa bahagian daripada pendapatan untuk membina asas simpanan yang baik, pertimbangkan cara terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan.

    Selain itu, fokus untuk melangsaikan hutang. Semakin awal anda bebas daripada belenggu hutang, semakin banyak wang yang boleh disimpan pada masa akan datang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip hidup bebas hutang

    • Cuba untuk kurangkan penggunaan elektrik

    Dua perkara yang paling mencabar ketika inflasi ialah makanan dan tenaga. Kos utiliti yang tinggi seperti air dan elektrik boleh menyebabkan tidak dapat untuk membuat simpanan. Hal ini kerana kedua-dua perkara ini penting untuk terus menjalani kehidupan.

    Anda boleh menjimatkan tenaga dengan mengubah gaya hidup yang mudah. Sebagai contoh, kurangkan penggunaan pendingin hawa. Selesai sahaja menggunakan sebarang peranti elektrik, tutup suis dan cabut plag selepas digunakan.

    Selain dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik, ia juga menyumbang kepada persekitaran yang mesra alam.

    • Cari alternatif yang lebih murah

    Jika berbincang tentang kos yang tinggi, terang lagi nyata harga barangan runcit menunjukkan peningkatan harga yang paling ketara. 

    Semasa membeli-belah untuk barangan rumah, bandingkan jenama dan lihat jika terdapat pilihan yang lebih murah. Anda juga digalakkan untuk membeli daripada penjual tempatan. 

    Pertimbangkan juga untuk menggunakan bahan-bahan yang lebih murah untuk masakan. Misalnya, gunakan minyak masak biasa berbanding mentega atau minyak zaitun.

    • Pertimbangkan untuk mencari pendapatan sampingan

    Realitinya ialah kita tidak boleh menghalang diri kita daripada membuat pembelian yang tidak benar-benar diperlukan pada setiap masa. Tetapi kita mungkin berusaha lebih untuk mencari pendapatan sampingan.

    Cari kerja sampingan yang selaras dengan minat anda. Selain boleh menjana lebih banyak pendapatan, anda juga boleh mengembangkan kemahiran dalam perkara yang diminati. 

    Sebagai contoh, sekiranya mempunyai hobi dalam bidang penulisan, boleh melakukan kerja sambilan sebagai penulis atau wartawan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang simpanan

    • Berunding untuk kenaikan gaji

    Jika anda ada terfikir untuk meminta kenaikan gaji di tempat kerja, sekarang adalah masa yang tepat untuk meluahkan hasrat tersebut kepada majikan.

    Kenaikan gaji adalah peluang yang besar untuk mengukuhkan simpanan. Anda boleh menggunakan wang tambahan untuk membayar hutang atau menyimpan untuk dana kecemasan.

    Selain itu, gunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada penyelia atau majikan semua pencapaian dan sumbangan anda di tempat kerja. Dengan cara ini, ia boleh membantu anda mengorak langkah ke arah memajukan kerjaya dan merealisasikan matlamat kerjaya yang lebih luas.

    Mungkin kita sebagai rakyat tidak mampu untuk mengubah keadaan ekonomi negara dengan serta merta, tetapi kita boleh membuat persediaan untuk kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan. – RELEVAN 

    Previous Article2 kematian Covid-19, lebih 2,000 kes baharu
    Next Article Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.