Facebook Twitter
    Trending
    • Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan
    • Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya
    • 5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos
    • Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap
    • 6 langkah cipta bahagia bersama pasangan
    • 5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik
    • Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti
    • Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

      December 6, 2023

      Covid-19 masih ada, jaga diri dan keluarga agar tidak dijangkiti

      December 5, 2023

      5 gejala kekurangan vitamin B12, boleh kacau mood

      December 4, 2023

      Cegah penyakit dengan lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun

      December 1, 2023

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023
    • Kewangan

      Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

      December 6, 2023

      Segala yang anda perlu tahu tentang e-Madani

      December 4, 2023

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023
    • Pendidikan

      6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

      December 5, 2023

      5 kemahiran keibubapaan untuk besarkan anak dengan baik

      December 5, 2023

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

      December 6, 2023

      Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

      December 5, 2023

      Merangkak keluar dari lembah rosot

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir

    Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir

    By Zubaidah IbrahimSeptember 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KILAT boleh membunuh atau melumpuhkan dengan cara yang tidak disangkakan.- GAMBAR HIASAN/ANDRE FURTADO/PEXELS

    POKOK mula bergoyang, langit menjadi gelap dan tiba-tiba kedengaran bunyi guruh dari kejauhan, itu tanda-tanda awal sebelum kemunculan kilat yang perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh meragut nyawa.

    Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) memberitahu, kilat boleh membunuh atau melumpuhkan dengan cara yang tidak disangkakan.

    Sehubungan itu, elakkan berada di bilik mandi, tab mandi atau mencuci pinggan mangkuk ketika kilat.

    “Memandangkan kilat boleh bergerak melalui paip, sebaik-baiknya elakkan penggunaan air semasa ribut petir. Jangan mandi, basuh pinggan atau membasuh tangan anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: Ini kelebihan protein yang ramai tidak tahu, perlu ambil setiap hari – Relevan

    “Risiko kilat melalui paip mungkin berkurang dengan paip plastik berbanding paip logam. Bagaimanapun, sebaiknya elakkan sebarang sentuhan dengan paip dan air mengalir semasa ribut petir untuk melindungi diri daripada bahaya,” kata agensi itu.

    ELAKKAN berada di bilik mandi, tab mandi atau mencuci pinggan mangkuk ketika kilat.- FOTO OLEH KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjauhi telefon berkabel manakala telefon bimbit dan telefon tanpa wayar selamat jika ia tidak disambungkan ke soket melalui pengecas.

    “Petir berlaku apabila kilat menyambar, memanaskan udara di sekeliling bolt setinggi 50,000 darjah Fahrenheit, lima kali lebih panas daripada permukaan matahari.

    “Sejurus selepas kilat, udara menyejuk dan mengecut dengan cepat. Pengembangan dan pengecutan pantas ini mencipta gelombang bunyi yang kita dengar sebagai guruh,” jelas agensi tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 Pengajaran daripada pandemik Covid-19 – Relevan

    Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menasihati orang ramai agar menjauhi beranda, balkoni, tingkap dan pintu serta elakkan berbaring di lantai konkrit atau bersandar pada dinding konkrit.

    Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menggunakan apa-apa yang disambungkan ke soket elektrik seperti komputer atau peralatan elektronik lain.

    JANGAN berada di tempat terbuka ketika kilat, cari tempat berlindung dengan segera.- GAMBAR HIASAN/GUILHERME ROSSI/PEXELS

    Kilat boleh membunuh dalam pelbagai cara dan panahan petir secara langsung paling kerap membawa maut.

    “Manakala kecederaan seperti trauma, luka kulit, luka terbakar, kecederaan otak, otot dan mata boleh berlaku akibat menyentuh kereta atau objek logam yang dipanah petir.

    “Arus boleh mengalir melalui tanah, melantun dari seseorang atau objek atau bahkan mengalir naik dari objek berhampiran tanah.

    “Kira-kira 180 orang setahun cedera akibat petir dan 10 peratus orang yang disambar petir mati setiap tahun.

    “Jika anda terperangkap di luar, jangan berbaring di atas tanah. Petir menyebabkan arus elektrik di sepanjang bahagian atas tanah dari jarak 30 meter boleh membawa maut. Oleh itu, cari lokasi yang selamat,” terang CDC.

    Tambah pusat itu, elakkan juga berada di bawah pokok yang tinggi, jika tiada tempat perlindungan yang selamat, rapatkan kedua-dua kaki, duduk mencangkung, tunduk kepala dan tutup telinga. Tetapi perlu diingat ini adalah jalan terakhir. Carilah tempat perlindungan yang selamat dahulu.- RELEVAN

    featured kilat panah petir
    Artikel Terkini

    Simpanan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan untuk tahun hadapan

    December 6, 2023

    Serangan antibodi cederakan otak, ini simptom dan puncanya

    December 6, 2023

    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    December 6, 2023

    Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

    December 5, 2023

    6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    December 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.