KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,639 kes semalam berbanding 1,572 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,818,890 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,056 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,756,967 kes.
Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,312 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,718 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,611 kes dengan 24,404 kes atau 95.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan empat kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,143 kes atau 4.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 39 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN