SEBANYAK 1,572 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,977 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,817,251 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,695 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,754,911 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,308 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,717 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,032 kes dengan 24,797 kes atau 95.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan empat kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,171 kes atau 4.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 37 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN