SEMALAM mencatatkan sebanyak 2,340 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,144 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,782,624 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,502 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,715,417 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,216 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,696 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,991 kes dengan 29,604 kes atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 17 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,301 kes atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 27 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 42 kes atau 0.2 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN