SEBANYAK 2,437 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 3,045 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,737,983 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,658 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,659,688 kes.
Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,093 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,671 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 42,203 kes dengan 40,525 kes atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 31 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,566 kes atau 3.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 31 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 50 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN