Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 meditasi ini boleh membuatkan jiwa lebih tenang dan bahagia

    3 meditasi ini boleh membuatkan jiwa lebih tenang dan bahagia

    By Zubaidah IbrahimAugust 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TARIK nafas melalui hidung dan fokus kepada satu perkataan yang merupakan gambaran positif tentang perasaan anda.- Foto oleh Freepik

    KELUAR menghirup udara segar merupakan aktiviti yang sangat menarik sama ada dilakukan pada waktu pagi atau petang. Anda boleh mengubah kawasan luar menjadi studio meditasi sendiri dengan memberi fokus kepada aspek alam semula jadi dan pergerakan yang menenangkan minda (pernafasan dan imaginasi).

    Menurut kajian, meditasi seperti ini boleh membantu anda berasa lebih santai, fikiran lebih jelas dan juga membantu meningkatkan tumpuan serta membuat keputusan lebih baik.

    Setiap meditasi itu boleh dilakukan selama 60 saat hingga 60 minit. Ulang setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin anda atau pada bila-bila sahaja apabila ada kelapangan.

    Menurut Perunding dan Jurulatih Penurunan Berat Badan Untuk Wanita, Stephanie Mansour, melakukan salah satu meditasi ketenangan jiwa ini boleh membantu anda mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan diri dan juga boleh membantu masalah tidur.

    Sama ada anda mencari rasa damai atau menenangkan fikiran. Salah satu meditasi ini boleh membantu anda mencapai hari-hari yang lebih menenangkan dan membahagiakan.

    Pun begitu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman baharu. Hentikan segera jika anda mengalami kesakitan.

    Berikut RELEVAN kongsikan tiga jenis meditasi terbaik yang disarankan oleh Mansour untuk anda cuba ketika bersantai di luar.

    1. Meditasi berjalan

    Berjalan merupakan satu bentuk senaman hebat yang mana anda boleh memanfaatkan sepenuhnya teknik menenangkan jiwa ini.

    Anda boleh mulakan dengan teknik mudah iaitu meditasi kesyukuran. Anda akan memberi tumpuan kepada rasa bersyukur dan membuat senarai perkara yang paling anda hargai dalam hidup.

    Jika anda berjalan di atas trek, anda boleh beri tumpuan kepada satu perkara yang anda syukur pada pusingan pertama. Kemudian beralih kepada perkara lain yang anda syukuri pada pusingan kedua dan seterusnya. Jika anda berjalan di tepi jalan, anda boleh memberi tumpuan kepada satu item untuk setiap satu blok bangunan.

    Lagi satu bentuk meditasi ialah visualisasi. Semasa berjalan kaki, bawa diri anda ke tempat yang tenang dan santai. Sebagai contoh, semasa anda berjalan di sepanjang jalan di bandar bising atau jalan yang sunyi di kawasan kejiranan. 

    Anda boleh bayangkan diri bersantai di atas kerusi di tepi pantai. Rasakan kaki anda berada di pasir, angin membelai lembut rambut dan matahari terpancar di wajah.

    Fokus kepada perasaan santai dan tenang semasa anda berjalan dan perhatikan bagaimana badan berasa lebih ringan.

    2. Meditasi bau

    Untuk meditasi ini, duduk berdekatan dengan salah satu unsur semula jadi seperti bunga dan pastikan anda berada dalam kedudukan selesa. Duduk bersila dengan tangan anda diletakkan di atas lutut atau atas riba dalam posisi meditasi.

     Sedut udara melalui hidung dan nikmati bau alam yang segar sekeliling anda. Selepas anda menarik nafas, berhenti seketika dan tahan nafas anda selama beberapa saat, kemudian hembus melalui hidung atau mulut untuk melepas nafas serta bau.

    Semasa anda menarik nafas, mula mengira sampai empat, tahan untuk kiraan dua dan kemudiaan hembus ketika dikiraan empat. Ulangi selama 60 saat hingga 60 minit.

    3. Meditasi pernafasan.

    Meditasi pernafasan ini menggunakan nafas untuk membantu memfokuskan minda dan boleh dilakukan semasa bergerak. Oleh itu, cuba meditasi pernafasan yang ringkas ini semasa anda berjalan, berlari atau duduk diam.

    Tarik nafas melalui hidung dan fokus kepada satu perkataan yang merupakan gambaran positif tentang perasaan anda.

    Kemudian semasa anda menghembuskan nafas melalui mulut itu, cuba fikirkan tentang melepaskan perasaan yang bertentangan dengan perasaan positif. Contohnya, tekanan, marah dan gelisah. Ulangi corak pernafasan ini dan perasaan berkaitan dengannya.-RELEVAN

    Previous ArticleJangkitan baharu catat penurunan kepada angka 2,000
    Next Article Kerja luar bidang untuk persekitaran, gaji yang lebih baik

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.