Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan semalam dengan 2,720 kes dilaporkan berbanding 4,816 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,651,651 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,012 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,567,485 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,914 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,625 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 48,252 kes dengan 46,632 kes atau 96.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 24 kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,542 kes atau 3.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 32 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN