JANGKITAN baharu Covid-19 kembali ke angka 4,000 semalam dengan mencatatkan sebanyak 4,816 kes berbanding 3,880 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,648,931 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,928 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,563,473 kes.
Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,911 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,623 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 49,547 kes dengan 47,932 kes atau 96.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 31 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,535 kes atau 3.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 28 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN