Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Segala yang anda perlu tahu sebelum membuat semakan UPU

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membuat semakan UPU

    By July 13, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MASA untuk para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melangkah ke menara gading semakin hampir tiba. Pada 16 Julai ini, semakan keputusan permohonan ke institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Unit Pusat Universiti (UPU) untuk lepasan SPM/setaraf boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari. 

    Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui pemohon sebelum menyemak keputusan UPU mereka. Ini supaya apa-apa keputusan nanti boleh diterima dan difahami dengan lebih baik oleh pemohon.

    Relevan sebelum ini telah menerbitkan artikel panduan untuk pemohon sebelum membuat permohonan UPU. Artikel ini pula akan memandu anda untuk memahami cara Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) memilih calon yang berjaya dan gagal dalam permohonan UPU.

    Dasar dan kriteria pemilihan

    Menurut nota taklimat kemasukan pelajar oleh BKPA, dasar pemilihan calon yang berjaya dalam permohonan UPU bagi lepasan SPM/setaraf adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

    Kriteria pemilihannya pula merangkumi lapan faktor, iaitu:

    • Pencapaian akademik dalam peperiksaan.
    • Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.
    • Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon.
    • Gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah akademik.
    • Memenuhi syarat khas seperti ditetapkan oleh Universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
    • Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian.
    • Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan.
    • Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, KK dan ILKA.

    Kaedah pengiraan markah akademik boleh dilihat dalam gambar di bawah:

    Garis masa UPU

    Tempoh pengemaskinian permohonan untuk calon lepasan SPM/setaraf telah tamat pada Jun lalu. Pada 16 Julai ini, keputusan permohonan pula boleh mula disemak. 

    Selepas semakan boleh dibuat, calon akan diberi masa sehingga sembilan hari (sehingga 24 Julai) untuk menyatakan persetujuan dan penerimaan tawaran. Calon yang tidak menjawab terima atau tolak selepas tempoh ini tamat akan secara automatik dikemas kini sebagai menolak tawaran. Surat tawaran pula akan dikeluarkan sehari selepas hebahan rasmi.

    Seterusnya, calon yang gagal dibolehkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan. Untuk rayuan, calon dibenarkan mengemukakan empat pilihan sahaja.

    Pada minggu pertama Ogos, pendaftaran pelajar baharu akan dijalankan di IPT yang terlibat.

    Proses pemilihan

    Setiap pemohon akan ditapis dalam tiga peringkat sebelum ditentukan sama ada mereka berjaya dalam permohonan atau tidak. Peringkat pertama ialah syarat, sama ada pemohon memenuhi syarat khas dan umum program pilihannya. Peringkat kedua pula kekosongan atau tempat, sama ada program pilihan pemohon mempunyai kekosongan atau tidak. Peringkat terakhir ialah temu duga jika program pilihan pemohon memerlukannya.

    Kelayakan pemohon akan dikira dari pilihan programnya yang pertama sehingga yang ke-12. Jika pemohon tidak layak untuk pilihan pertama, kiraan kelayakan dilakukan untuk pilihan kedua pula dan seterusnya sehinggalah berjaya. Jika pemohon tidak layak untuk kesemua 12 pilihan, mereka dikira gagal dan perlu membuat rayuan.

    Pemohon mengikut aliran juga disusun mengikut ranking markah merit daripada yang paling tinggi kepada yang paling rendah. Ini bermakna, pemohon dengan markah merit tinggi lebih berpeluang mengisi tempat dalam satu-satu program. Pemohon dengan markah merit lebih rendah mungkin gagal dalam permohonannya kerana kekosongan telah diisi pemohon dengan markah merit tinggi.

    Pemprosesan pemilihan calon yang layak dan gagal boleh dilihat dalam gambar di bawah:

    Faktor berjaya atau gagal

    Terdapat lima faktor seseorang pemohon boleh berjaya dalam permohonannya dan lima lagi faktor seseorang pemohon itu gagal.

    Untuk yang berjaya, ia disebabkan borang permohonannya berjaya diterima UPUOnline; memenuhi syarat khas program pengajian; ada kekosongan tempat; berjaya dalam saringan temu duga atau ujian dan mempunyai kedudukan merit yang tinggi.

    Kegagalan pemohon pula berpunca daripada tidak menekan butang simpan ketika membuat permohonan; tidak memenuhi syarat khas program pengajian; tiada kekosongan tempat, terutamanya untuk program yang kompetitif; gagal dalam saringan temu duga atau ujian dan mempunyai kedudukan merit yang rendah.

    Walau bagaimanapun, terdapat laluan khas untuk kemasukan ke IPT. Ia melibatkan empat kumpulan sasar dan padanan data, iaitu golongan B40, orang asli, orang kurang upaya (OKU) dan atlet. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.