Facebook Twitter
    Trending
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara masak telur dengan betul tanpa menghilangkan nutrisinya, ini tip dikongsikan oleh pakar

    Cara masak telur dengan betul tanpa menghilangkan nutrisinya, ini tip dikongsikan oleh pakar

    By July 7, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: www.freepik.com

    TELUR merupakan hidangan yang cukup digemari ramai tidak kira lapisan usia apatah lagi ia mudah untuk disediakan dan boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut selera masing-masing sama ada untuk dinikmati pada waktu pagi, tengah hari mahupun makan malam.

    Bagi mereka yang sihat, telur boleh ambil sebiji setiap hari manakala yang ada masalah kesihatan (metabolic disease) ia boleh diambil sebiji selang sehari.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, bagi mereka yang aktif sepanjang hari dan menggunakan banyak tenaga sudah tentu tiada masalah dengan pengambilan telur.

    “Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia, telur yang dimasak beberapa minit tanpa haba yang kuat dan kuning telur itu masih berbentuk cecair sebenarnya tinggi kadar nutrisi berbanding dengan telur yang dimasak sepenuhnya.

    “Tidak kira, sama ada telur itu direbus, dikukus dan digoreng, telur yang masih cair sebenarnya lebih sedap, terutama jika dicampurkan dengan lada hitam atau lada putih serta sedikit garam atau sos soya masin,” terang beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Jelasnya, di Malaysia telur sebegini dikenali sebagai telur separuh masak. Kuning telur mengandungi zat besi, zink, vitamin B6, folik, vitamin B12 dan kalsium yang tinggi.

    Ada sejenis antioksidan yang tinggi di dalam telur yang dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin yang bagus untuk kesihatan mata serta otak.

    “Kebanyakan antioksidan ini akan musnah jika dimasak menggunakan haba yang tinggi terutama ketika digoreng dan direbus.

    “Hasil kajian yang dilakukan di Australia itu mendapati, sebanyak 17 peratus lutein dan 19 peratus zeaxanthin akan hilang jika dimasak dengan haba yang tinggi,” ujarnya.

    Sehubungan itu, cara terbaik menyediakan telur ialah cari telur yang berkualiti, bersihkan sebelum digoreng atau direbus. Masak dengan haba yang sederhana atau panaskan dalam jangka masa yang pendek (separuh masak) bagi memastikan nutrisi dalam telur tidak hilang.

    Zubaidi berkata, jika mahu makan telur suku masak, pastikan telur itu tidak rosak dan telah dibersihkan bagi menjamin tiada kuman di dalam telur tersebut.

    Telur separuh masak juga enak dimakan bersama madu malah ia turut menjadi petua turun-temurun untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan memperelokkan benih (sperma dan ovum) dalam jangka masa yang panjang.

    Untuk anak-anak yang aktif dan pintar juga digalakkan mengambil telur bersama madu.- RELEVAN

    featured kesihatan telur
    Artikel Terkini

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.