Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Petua kewangan untuk graduan baharu

    Petua kewangan untuk graduan baharu

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 29, 2022Updated:June 30, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TAMATNYA satu tahap dalam kehidupan sebagai seorang pelajar bermakna sudah bermula perjalanan kehidupan seterusnya sebagai dewasa.

    Apabila umur menginjak dewasa, segala tanggungan kehidupan tidak lagi akan dibiaya oleh ibu bapa.  Kini, saat menerima gaji pertama, anda perlu fikirkan tentang perbelanjaan sara hidup, pembayaran pinjaman ketika belajar, wang simpanan dan sebagainya.

    Bagi mereka yang baru mengorak langkah menuju alam dewasa, perancangan dan pengurusan hidup boleh menjadi sesuatu yang menggentarkan.  

    Relevan kongsikan beberapa tip boleh menjadi rujukan untuk merancang dan membina kewangan yang kukuh seperti yang dikongsikan oleh Ringgit Plus. 

    • Banyakkan pembacaan berkaitan kewangan

    Terdapat pelbagai pilihan buku kewangan yang berada di pasaran.  Menurut The Balance, salah satu buku kewangan yang menjadi pilihan orang ramai ialah ‘The Total Money Makeover’ hasil penulisan Dave Ramsey.  

    Buku ini dikatakan boleh membantu untuk menaik taraf perancangan kewangan sekaligus menerangkan cara untuk hidup bebas daripada dibelenggu hutang.  Buku ini juga menawarkan nasihat berkaitan memulakan dana kecemasan, menyimpan untuk persaraan dan sebagainya.

    Jika anda mahukan alternatif tanpa mengeluarkan wang, pembacaan artikel-artikel berkaitan kewangan dalam talian juga boleh menambah ilmu kewangan.  Relevan juga telah menerbitkan beberapa artikel berkaitan kewangan yang boleh menjadi rujukan anda.  Antaranya ialah:

    – Rancang kewangan sebelum capai umur 30

    – 8 nasihat kewangan buat anak muda 

    – Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda

    • Amalkan kehidupan bersederhana

    Sebelum berbelanja, kenal pasti sama ada ia keperluan atau kehendak.  Sebaik-baiknya dahulukan keperluan seperti makan dan minum secara bersederhana.  Tidak salah untuk berbelanja lebih tetapi pastikan ia tidak keterlaluan dan tidak terlalu kerap.

    Kunci kepada pengurusan kewangan yang berjaya ialah dengan mengawal nafsu untuk berbelanja berlebihan. Bina pelan perbelanjaan yang memperincikan di mana setiap sen pendapatan anda harus pergi dan latih diri untuk disiplinkan diri untuk patuh kepada pelan perbelanjaan.  

    Untuk memudahkan urusan, muat turun aplikasi perancangan kewangan seperti Money Lover, Spendee, Expensify dan Monny.  Log masuk setiap aliran keluar masuk wang dan teliti perbelanjaan harian di hujung bulan.  Perhatikan sama ada perlu kurangkan perbelanjaan atau tidak.

    • Jangan tangguh bayaran pinjaman pelajaran

    Kadar faedah pinjaman pelajar anda akan lebih meningkat jika semakin lama menangguhkan pembayaran semula. Sekiranya menghadapi beban atau kekangan kewangan, hubungi pemiutang dan runding supaya mendapat jadual pembayaran yang sesuai dan kurang membebankan.

    • Mulakan pemilikan insurans awal 

    Sekiranya mampu, ada baiknya jika memulakan pemilikan insurans seawal yang mungkin.  Lebih awal anda membeli insurans untuk diri sendiri, lebih murah premium anda.  Premium dalam terma insurans merujuk kepada jumlah yang dibayar secara berkala kepada syarikat insurans oleh pencarum untuk melindungi risiko-risiko tertentu.

    Insurans amat penting jika anda mempunyai pinjaman pelajaran atau mahu kehidupan ibu bapa dan anak pada masa hadapan lebih terjaga serta terjamin sekiranya anda meninggal dunia. Mulakan dengan pelan insurans mampu milik untuk insurans sepanjang hayat atau kad perubatan.

    • Bina nilai kredit yang baik

    Dengan mempunyai nilai kredit yang sihat adalah penting untuk kerana institusi perbankan akan merujuk kepada sejarah pinjaman seseorang untuk memberi kelulusan pembiayaan membeli rumah, kenderaan atau peribadi dengan kadar faedah yang bermunasabah.

    Berikut merupakan tiga perkara perlu dilakukan untuk mula membina nilai kredit yang baik.

    • Dapatkan kad kredit tanpa yuran tahunan

    Salah satu cara paling mudah untuk mula membina nilai kredit ialah dengan mendapatkan kad kredit. Setiap penggunaan kad kredit akan menyumbang kepada sejarah kredit. 

    Dengan memohon kad kredit tanpa yuran tahunan, anda berpeluang untuk meminimumkan kos dan hanya menggunakannya untuk perbelanjaan petrol atau kegunaan kecemasan. 

    • Semak komitmen kewangan dan pinjaman anda

    Sebelum menghantar permohonan kad kredit, semak semua komitmen semasa seperti bil utiliti atau hutang supaya anda dapat mengenal pasti keadaan kewangan anda. Dengan melakukan ini, anda boleh mengurus kewangan dengan lebih baik.

    • Semak dan jejaki skor kredit anda dengan kerap

    Sebaik sahaja anda mempunyai kad kredit, lakukan permohonan untuk menyemak skor kredit dan melaporkan dalam tempoh enam bulan pertama untuk memastikan semua maklumat peribadi yang diisi adalah tepat. 

    Kemudian, pengguna kad kredit juga dinasihatkan untuk menjejaki laporan kredit setiap enam bulan untuk memastikan maklumat kredit dan maklumat peribadi adalah sejajar.

    Relevan juga telah menerbitkan artikel yang menerangkan kepentingan untuk mempunyai nilai kredit yang baik. – RELEVAN

    Previous Article2,025 kes jangkitan baharu Covid-19
    Next Article Kisah kemunculan semula Mat Kilau, tunjuk parut peluru sebagai bukti

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.