Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 17,425 peluang kerjaya dalam sektor pertanian diiklankan di MYFutureJobs

    17,425 peluang kerjaya dalam sektor pertanian diiklankan di MYFutureJobs

    By Zubaidah IbrahimJune 21, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ISU kekurangan pekerja dalam sektor agromakanan sering dibangkitkan oleh pihak industri dan ia menjadi kritikal ketika pandemik Covid-19 apabila kerajaan terpaksa menutup pintu sempadan negara serta membekukan permohonan pengambilan pekerja asing bagi mengekang penularan wabak ini pada pertengahan tahun 2020.

    Rentetan itu, ramai pengusaha agromakanan negara yang terkesan dengan keadaan ini dan menyebabkan aktiviti pengeluaran di sektor tersebut terjejas.

    Perkara ini berpunca daripada kebergantungan tinggi sektor agromakanan negara terhadap pekerja asing dan penglibatan warga tempatan yang masih kurang dalam sektor ini.

    Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor perkhidmatan, pertanian dan pembuatan merupakan tiga sektor utama di Malaysia yang majoriti pekerjanya adalah bukan warganegara.

    Jabatan Imigresen Malaysia turut merekodkan sebanyak 156,334 pekerja asing yang aktif di Malaysia adalah melibatkan sektor pertanian untuk tempoh sehingga 30 Jun 2019 dan dianggarkan 70 peratus daripadanya adalah di bawah subsektor tanaman.

    Sehubungan itu, Jabatan Pertanian telah menganjurkan Seminar Pemadanan Pekerjaan Subsektor sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu pemain industri subsektor tanaman agromakanan bagi mendapatkan pekerja dalam kalangan warga tempatan untuk mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor agromakanan.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sebanyak 17,425 peluang kerjaya dalam sektor pertanian telah diiklankan dalam portal MYFutureJobs.

    “Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,167 atau 76 peratus adalah merupakan pekerjaan dalam subsektor tanaman yang meliputi pelbagai kategori jawatan termasuk pengurusan dan pentadbiran, teknikal pertanian, penyelia ladang serta pekerja ladang.

    “Saya berharap agar warga tempatan terutamanya para belia dapat mengambil peluang dan merebut tawaran kerja dalam sektor tanaman agromakanan. Sekali gus, dapat membantu mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam sektor ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemadanan Pekerjaan Subsektor Tanaman di Putrajaya baru-baru ini.

    Tambah beliau, mentaliti warga tempatan terhadap sektor agromakanan yang digambarkan sebagai 3D iaitu Dirty (kotor), Dangerous (bahaya) dan Difficult (sukar) perlu dikikis.

    Ahmad berkata, sektor ini menyediakan peluang yang sangat besar untuk diteroka dan memberi pulangan lumayan apatah lagi disokong dengan penggunaan teknologi canggih pada masa kini.-RELEVAN

    Previous Article2,093 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam
    Next Article 8 nasihat kewangan buat anak muda

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.