SEBANYAK 1,690 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 2,127 kes dilaporkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,540,612 kes.
Sebanyak 2,108 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,478,936 kes dan tiada kematian dicatatkan semalam.
Jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,732 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,579 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,944 dengan 24,906 atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 15 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,000 kes atau 3.9 peratus pesakit dirawat di hospital, 8 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN