Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu dibuat selepas menerima keputusan SPM?

    Apa yang perlu dibuat selepas menerima keputusan SPM?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SELEPAS debaran menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tamat, kini calon-calon SPM kembali berdebar-debar kerana keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan esok. 

    Hala tuju setelah tamat SPM menjadi satu persoalan besar untuk para pelajar sama ada untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading atau meneruskan kehidupan dengan bekerja.

    Namun, para ilmuwan berkata tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad kerana ilmu merupakan pelita kehidupan. Bagi pelajar yang menanam hasrat untuk menaik taraf tahap pendidikan, terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan. 

    Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Wan Nurul Izza Wan Husin, ada baiknya jika para pelajar kenal pasti apa minat mereka sebelum memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang dan universiti tertentu. 

    Walaupun ketika berada di tingkatan 4 dahulu mereka telah diberi pilihan untuk memilih aliran tertentu, sama ada sastera atau sains tulen, masih ada antara mereka yang belum bertemu jawapan dalam mengenal pasti minat serta kecenderungan mereka. 

    “Ini kerana subjek-subjek yang dipelajari di sekolah boleh dikatakan terlalu umum dan tidak spesifik bagi membantu mereka mengesan minat dan bakat mereka.

    “Para pelajar boleh mengenal pasti keinginan dengan melakukan ujian Inventori Minat Kerja (IMK) yang disediakan oleh kaunselor di sekolah masing-masing,” ujarnya kepada Relevan.

    Selain daripada masih belum mengenal pasti apakah minat masing-masing, terdapat juga segelintir dari mereka yang hanya bertindak memilih sesuatu aliran itu kerana mahu mengikut rakan sebaya.

    “Jangan terburu-buru melakukan keputusan.  Ambil masa yang secukupnya untuk mencari minat dalam diri dan lakukan banyak pembacaan berkaitan bidang-bidang pelajaran yang ditawarkan di universiti awam,” tambahnya.

    Sebagai panduan lepasan SPM, Relevan telah menerbitkan beberapa artikel panduan pendidikan dalam beberapa bidang, termasuk pengurusan hotel dan pelancongan, komunikasi dan media serta guaman dan undang-undang. 

    Nurul Izza juga mengesyorkan supaya pelajar-pelajar lepasan SPM untuk bertanya kepada senior-senior yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan sebagainya.  Boleh jadi dari ahli keluarga sama ada kakak, abang atau alumni sekolah mereka.

    Antara hal yang boleh ditanya dan dikaji mereka adalah berkaitan kursus pengajian yang dipilih, apa yang senior mereka pelajari dan peluang kerjaya pada masa hadapan berdasarkan kursus yang dipilih.

    Dengan bertanya kepada yang lebih berpengalaman, berkemungkinan sedikit sebanyak dapat memberi ilham dan inspirasi kepada pelajar yang sedang buntu membuat keputusan untuk memilih bidang bagi melanjutkan pelajaran.

    “Selain itu, hadirkan diri anda ke program-program bimbingan kerjaya untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan peluang kerjaya di dalam bidang-bidang tertentu.

    “Terdapat banyak program bimbingan kerjaya anjuran universiti awam untuk mendedahkan prospek kerjaya kepada bakal mahasiswa.  

    “UPSI juga telah menganjurkan beberapa program bimbingan kerjaya untuk membantu para pelajar mendapat gambaran lebih jelas tentang kerjaya masa hadapan mereka.  Program ini juga sedikit sebanyak membantu pelajar menimbulkan minat kepada bidang-bidang tertentu untuk menjadi pilihan mereka ketika mengisi permohonan UPU,” tambah beliau. 

    Selain UPSI, Universiti Teknologi MARA juga menganjurkan ekspo Selangkah ke UiTM pada 18 dan 19 Jun 2022 dengan tujuan yang sama.  Namun, sejak negara dilanda wabak Covid-19, UiTM mengambil inisiatif mengimprovisasi ekspo tersebut dan bakal dianjurkan secara maya pada 16 dan 17 Jun 2022 menerusi saluran YouTube rasmi UiTM Channel.- RELEVAN

    Previous Article7 kategori pusat pengajian tinggi awam yang boleh dimohon oleh lepasan SPM
    Next Article Buku Hijau, Gerakan Bumijaya dan jaminan bekalan makanan negara

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.