SEBANYAK 2,092 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 1,571 kes dilaporkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,528,390 kes.
Sebanyak 1,876 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,470,067 kes.
Semalam turut mencatatkan empat kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,716 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,574 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,607 dengan 21,589 atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 16 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 978 kes atau 4.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 12 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN