Facebook Twitter
    Trending
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kaitan sindrom Ramsay Hunt, virus cacar air dan kayap

    Kaitan sindrom Ramsay Hunt, virus cacar air dan kayap

    By June 13, 2022Updated:June 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENYANYI terkenal, Justin Bieber mengejutkan peminatnya apabila dia berkongsi video menunjukkan keadaan dirinya yang mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai akibat serangan virus dikenali sebagai Ramsay Hunt.

    Menerusi video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, Bieber mendedahkan keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.

    Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), Sindrom Ramsay Hunt ialah keadaan neurologi yang disebabkan oleh virus varicella zoster iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air kepada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa.

    “Sindrom Ramsay Hunt diambil sempena nama pakar neurologi, James Ramsay Hunt yang merupakan orang pertama menjelaskan mengenai penyakit tersebut pada tahun 1907. Selain itu, sindrom tersebut juga turut dikenali dengan nama herpes zoster oticus.

    “Virus ini boleh kekal di dalam badan sepanjang hayat dan kembali aktif menyebabkan radang pada saraf. Untuk makluman, saraf yang melalui muka anda akan melalui saluran tulang yang agak sempit dan apabila meradang, ia membengkak dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi,” jelas PHM menerusi perkongsian di laman Instagramnya.

    Terang PHM lagi, penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh pada sebelah muka dan ruam yang menyakitkan serta melepuh. Sesetengah pesakit mengalami perubahan dalam pendengaran mereka seperti merasakan bunyi lebih kuat pada sebelah telinga atau mengalami tinnitus (deringan kronik di telinga).

    Simptom

    Sakit telinga dan muka biasanya merupakan sebahagian daripada simptom sindrom itu malah, segelintir pesakit mungkin mengalami vertigo. Hanya kira-kira lima hingga 10 daripada setiap 100,000 orang akan mengalami sindrom Ramsay Hunt setiap tahun. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

    Penyakit Ramsay Hunt mempunyai simptom yang hampir serupa dengan bell’s palsy iaitu boleh juga menyebabkan kelumpuhan muka. Doktor biasanya mendiagnosis sindrom Ramsay Hunt dengan mengenal pasti lepuh kecil yang muncul di telinga pesakit.

    Berikut antara simptom-simptom sindrom Ramsay Hunt yang dikongsikan oleh PHM

    •   Perubahan dalam pendengaran
    •   Sakit telinga dan muka
    •   Berpunca dari varicella zoster (virus sama untuk cacar air)
    •   Ruam di telinga luar
    •   Lumpuh sebahagian saraf muka
    •   Vertigo
    •   Hilang deria rasa di bahagian 2/3 lidah

    Rawatan

    Kebanyakan orang yang mempunyai Ramsay Hunt pulih sepenuhnya, walaubagaimanapun, tempoh penyembuhan penyakit itu juga boleh berbeza-beza. Segelintir orang mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh. Dalam kes yang jarang berlaku, lumpuh muka atau kehilangan pendengaran boleh kekal.

    Rawatan untuk Ramsay Hunt biasanya melibatkan pengambilan ubat anti-virus. Segelintir pesakit juga mungkin diberi steroid. Terapi fizikal biasanya tidak disyorkan untuk pesakit, tetapi tidak akan memudaratkan.

    Sementara itu, menurut laman web rarediseases.org, punca virus varicella zoster kembali sehingga menyebabkan sindrom Ramsay Hunt masih tidak diketahui.

    “Sesetengah penyelidik percaya kes-kes sindrom Ramsay Hunt tidak didiagnosis atau salah didiagnosis menjadikannya sukar untuk menentukan kekerapan sebenar gangguan dalam populasi umum.

    “Sesiapa yang pernah menghidap cacar air berpotensi menghidap sindrom Ramsay Hunt. Walaubagaimanapun, kebanyakan kes memberi kesan kepada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya mereka yang berumur lebih 60 tahun malah, ia jarang menjejaskan kanak-kanak,” terang laman web itu.

    Diagnosis sindrom Ramsay Hunt adalah berdasarkan penilaian klinikal yang menyeluruh, sejarah pesakit yang terperinci dan mengenal pasti ciri gejala seperti lumpuh muka dan ruam.

    Pun begitu, diagnosis sindrom Ramsay Hunt boleh menjadi sukar kerana gejala khusus gangguan (otalgia, lumpuh muka dan ruam-ruam lain) yang mana ia tidak terbentuk pada masa yang sama.

    Individu yang mengalami sindrom Ramsay Hunt perlu memberi perhatian yang khusus kepada kornea kerana ketidakupayaan untuk menutup mata dengan betul boleh mendedahkan kornea kepada pengeringan yang tidak normal dan kerengsaan.

    Sehubungan itu, doktor akan memberikan air mata tiruan dan krim pelincir juga mungkin akan digunakan bagi melindungi kornea.-RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025
    Artikel Terkini

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.