Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UKM olah manuskrip Melayu terap rekaan bagi telekung Siti Khadijah

    UKM olah manuskrip Melayu terap rekaan bagi telekung Siti Khadijah

    By ZAREEN HUMAIRAH SEJAHANJune 11, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pegawai Penyelidik UKM, Ts Dr Ros Mahwati berucap ketika sesi pengenalan kajian penyelidikan corak hiasan melayu tradisional yang dikomersialkan melalui produk pakaian pada Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Perlesenan antara Inovasi @ UKM dengan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM), UKM Bangi. - AMIR KHALID

     

    TELEKUNG jenama terkemuka, Siti Khadijah Apparel Sdn .Bhd. berkolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengangkat serta mengkomersialkan corak hiasan Melayu tradisional yang dijahit di atas kain telekung.

    Rekaan itu telah direka oleh penyelidik UKM dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria berdasarkan manuskrip Melayu Purba untuk dijadikan corak yang berdaya saing selain menerapkan nilai tradisional Melayu.

    “Saya berjaya menghasilkan lapan corak berdasarkan satu manuskrip dan pihak Siti Khadijah telah memilih empat daripada corak yang dihasilkan.

    “Jika kita melihat manuskrip, sukar untuk kita nampak kecantikannya tetapi setelah diolah untuk menjadi corak bunga warisan seni, ia menjadi cantik dan berpotensi untuk dijulang ke persada nasional dan antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel, Mohammad Munzir Aminuddin dan Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd., Prof Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad telah menandatangani perjanjian perlesenan dalam Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Perlesenan di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.

    Usaha INOVASI@UKM pula selaku pejabat pemindahan teknologi UKM adalah bertujuan melindungi Harta Intelek, Teknologi dan Produk UKM selain mengiktiraf hasil penyelidik UKM sekali gus mempromosikan UKM bagi ruang kolaborasi dengan rakan industri.

    Sementara itu, timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi,Prof Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani berkata ini merupakan usaha untuk mengetengahkan corak khazanah seni Alam Melayu.

    “Semoga inisiatif ini mampu untuk memperkasakan jati diri kita sebagai Keluarga Malaysia sejajar dengan naratif watan UKM.

    “Semoga corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan bagi pengkomersialan dan penggunaan lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu pada masa akan datang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

    “Terdapat banyak lagi corak hiasan Alam Melayu yang menarik dan mempunyai nilai tinggi untuk dikomersialkan,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article10 langkah untuk kekal sihat pada usia emas
    Next Article 2,166 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.