SEMALAM merekodkan sebanyak 1,809 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,451 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,508,319 kes.
Sebanyak 1,911 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,449,593 kes.
Semalam turut merekodkan dua kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,678 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,559 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,084 dengan 22,052 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 25 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 945 atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 10 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN