Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 makanan yang perlu dielak untuk cegah pundi kencing terlalu aktif

    7 makanan yang perlu dielak untuk cegah pundi kencing terlalu aktif

    By Zubaidah IbrahimMay 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    JIKA anda seorang penghidap pundi kencing yang terlalu aktif (OAB), anda sebenarnya sedang bergelut dengan masalah membuang air kecil secara tiba-tiba dan kerap.

    Keadaan tersebut bakal terjadi jika anda mengambil makanan dan minuman tertentu yang berfungsi sebagai pencetus pundi kencing menjadi terlalu aktif. Anda mungkin sukar untuk mengawal rasa ingin kencing yang terlalu mendesak.

    Perkara itu juga akan menyebabkan anda mengalami kekejangan atau sakit pundi kencing. Namun, jika boleh mengelakkan makanan tertentu, anda dapat mengurangkan gejala OAB dan menjadi lebih relaks.

    Justeru, nilai semula diet anda bagi mengelakkan tercetusnya pundi kencing terlalu aktif. Mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan pundi kencing aktif merupakan salah satu perubahan gaya hidup terbaik yang anda boleh lakukan.

    Sehubungan itu, pakar perubatan dan klinikal, Dr. William C. Lloyd berkongsi tujuh jenis makanan yang perlu dielakkan bagi mencegah masalah tersebut daripada terus berlaku.

    1. Makanan pedas

    Tidak boleh dinafikan makanan pedas memang sangat lazat dan menggoda lidah, tetapi ia tidak baik untuk pundi kencing anda. Sebab utamanya ialah rempah ratus cenderung untuk mengaktifkan pundi kencing anda. Makanan pedas juga kadang kala menyebabkan sakit pada pundi kencing. Pun begitu, anda masih boleh menikmati makanan pedas tetapi dengan cara yang lebih mesra pundi kencing.

    2. Buah sitrus atau jus sitrus

    Asid sitrik dalam buah-buahan dan jus citrus sangat tidak baik bagi mereka yang mempunyai masalah pundi kencing terlalu aktif. Makanan berasid secara umumnya mengundang masalah kerana asid boleh menyebabkan air kencing mengandungi asid lebih tinggi.

    Apabila lebih banyak air kencing berasid berada dalam pundi kencing, ia cenderung untuk merengsakan pundi kencing lantas menyebabkan gejala OAB. Anda mungkin mengalami kekejangan pundi kencing atau perlu bergegas pergi ke tandas serta terkucil. Oleh itu, elakkan buah-buahan yang tinggi kandungan sitrusnya seperti lemon, limau nipis dan anggur.

    3. Tomato dan produk berasaskan tomato

    Tomato dan produk berasaskan tomato juga berasid. Asid di dalam tomato, sos marinara atau salsa boleh merengsakan pundi kencing anda sehingga menyebabkan kekejangan, kesakitan dan meningkatkan rasa ingin membuang air kecil dengan lebih kerap.

    4. Makanan dan minuman berkafein

    Fakta ini mungkin menjadi sukar untuk penggemar minuman berkafein yang menikmati secawan atau tiga cawan kopi setiap pagi untuk membantu memberi rasa segar. Tanpa kita sedar ia juga memburukkan pundi kencing yang sensitif. Kafein boleh membuat anda perlu pergi ke tandas lebih awal dan kerap berbanding kebiasaan. Perkara itu terjadi jika anda mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut.

    5. Minuman berkarbonat

    Anda mungkin perlu mencari alternatif kepada soda, air seltzer  atau sebarang jenis minuman berkarbonat kerana minuman tersebut boleh meningkatkan simptom OAB.

    Elakkan air yang mengandungi gelembung buih bergas (sparkling) dan pekat kerana minuman ini akan menjadikan air kencing sangat pekat serta merengsakan pundi kencing sehingga meningkatkan keinginan untuk membuang air.

    6. Makanan atau minuman manis

    Jika anda seorang penggemar makanan atau minuman manis, berhati-hati dalam pengambilannya. Pemanis tiruan, gula dan madu juga boleh merengsakan pundi kencing dan menjadikan gelajala OAB sukar untuk dikawal.

    7. Alkohol

    Jika bir, segelas wain atau martini adalah cara anda untuk meraikan penghujung kerja keras, mungkin ia perlu dipertimbangkan. Minuman beralkohol terkenal dengan keupayaannya mencetuskan gejala pundi kencing yang terlalu aktif. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi yang menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat dan itu boleh merengsakan pundi kencing anda. – RELEVAN

    Previous Article2,123 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatatkan semalam
    Next Article Kadar pengangguran semakin baik, 4.1 peratus pada suku pertama 2022

    Artikel berkaitan

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.