Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa Malaysia sambut Hari Guru pada 16 Mei?

    Mengapa Malaysia sambut Hari Guru pada 16 Mei?

    By May 16, 2022Updated:May 16, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TARIKH 16 Mei diingati sebagai hari untuk seluruh negara meraikan profesion guru yang menjadi nadi kepada perkembangan pendidikan negara. Sering kali, sambutan akan dibuat di sekolah-sekolah dengan persembahan dan anugerah-anugerah tertentu diberikan kepada guru.

    Tahukah anda, negara-negara di dunia menyambut Hari Guru pada tarikh-tarikh yang berbeza? Argentina contohnya, menyambut Hari Guru pada tarikh 11 September sejak 1915. Ia bersempena memperingati kematian Presiden keduanya, Domingo Faustino Sarmiento yang juga seorang penulis dan intelektual yang banyak membangkitkan soal pendidikan sepanjang hayatnya.

    Di India pula, Hari Guru disambut pada 5 September bersempena ulang tahun kelahiran Presiden keduanya, Sarvepalli Radhakrishnan sejak 1962. Dalam tradisi Hindu pula ada sambutan Guru Purnima yang disambut pada hari bulan penuh dalam bulan Jun atau Julai, bulan yang dikenali sebagai Ashadha dalam kalendar Hindu. 

    Hari Guru Sedunia pula disambut pada 5 Oktober bermula 1994, seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tarikh tersebut dipilih sempena pemeteraian Cadangan UNESCO dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) tentang Status Guru pada 1966.

    GELAGAT guru-guru SMK Ayer Baloi, Pontian menyambut Hari Guru. Gambar kiriman Cikgu Nurul Munirah Ismail.

    Sejarah Pendidikan Negara

    Lama sebelum kemerdekaan negara, pendidikan negara bergerak melalui penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang berfokus kepada pengajian agama Islam. Pengajaran formal mula mendapat tempat setelah penjajah melihat terdapat keperluan untuk mengambil warga tempatan sebagai pekerja dan membantu urusan pentadbiran mereka di Tanah Melayu.

    Sehubungan itu, sekolah-sekolah Melayu dan sekolah Inggeris mula ditubuhkan. Sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan ialah Penang Free School pada 1816.

    Menjelang kemerdekaan pada dekad 1950-an, kesedaran untuk membangunkan satu sistem pendidikan kebangsaan muncul. Ia membolehkan beberapa laporan yang menyatakan cadangan-cadangan untuk sistem pendidikan kebangsaan dihasilkan, bermula dengan Laporan Barnes pada 1951.

    Warga pendidik di SK Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Gambar kiriman Cikgu Rosalyn Rosli.

    Laporan Barnes walau bagaimanapun mendapat tentangan daripada komuniti bukan Melayu ketika itu kerana dilihat mengesampingkan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan India. Penentangan tersebut menghasilkan satu lagi laporan, iaitu Laporan Fenn-Wu yang lebih memberi ruang kepada pendidikan bahasa ibunda kaum Cina dan India.

    Pada 16 Mei 1956, cadangan-cadangan dalam Laporan Razak diterima sebagai dasar pelajaran negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu. Laporan Razak  dihasilkan untuk mencari titik tengah antara cadangan-cadangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Namanya diambil sempena Menteri Pendidikan ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai kajian dalam laporan tersebut.

    Laporan Razak yang antara lainnya mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bagi memastikan pendidikan dalam bahasa ibunda kaum Cina dan India tidak dikesampingkan telah menjadi asas kepada pembentukan dasar pendidikan negara sehingga kini.

    Sehubungan itu, bermula 1972, tarikh 16 Mei diraikan sebagai Hari Guru setiap tahun sehingga kini.

    CIKGU Wan Qusrina Wan Jamalludin bersama pelajar kelas 2 Ibnu Sina, SMK Pedas. Gambari kiriman Wan Qusrina.

    Guru tunjang sekolah SEJAHTERA

    Tema sambutan hari guru tahun ini ialah “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”. Tema ini dipilih untuk meraikan guru yang menjadi tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Guru berperanan mendidik intelek dan memupuk sahsiah murni murid. Guru juga bertanggungjawab mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan di sekolah-sekolah.

    GELAGAT guru-guru SMA Bugisiah Tampok Benut, Pontian menyambut Hari Guru. Gambar kiriman Cikgu Salwa Hamid.

    Mengapa dalam tema ini, SEJAHTERA dieja dengan huruf besar? SEJAHTERA dalam tema tersebut bukan sahaja membawa maksud sejahtera, malah sebenarnya sebuah akronim.

    Akronim tersebut merujuk kepada 14 elemen nilai murni yang perlu diterapkan di sekolah, baik di dalam mahupun di luar kelas. Ini makna akronim tersebut:

    S – Selamat

    E – Etika

    J – Jati Diri

    A – Adab Sopan

    H – Harmoni

    T – Tekun, Teliti, Terampil

    E – Eksplorasi

    R – Rasional

    A – Artikulasi

    Semoga sambutan Hari Guru tahun ini membawa seribu satu makna buat semua warga pendidik di Malaysia. Kerjaya anda kerjaya mulia. Teruslah mendidik dengan jujur dan ikhlas demi melahirkan generasi celik minda serta jiwa yang akan membangunkan negara kelak.

    Selamat Hari Guru dari kami warga Relevan! – RELEVAN

    *Gambar-gambar yang digunakan dalam artikel ini merupakan kiriman rakan-rakan penulis yang kini sudah berjaya menjadi pendidik. Terima kasih dan Selamat Hari Guru buat semuanya!

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.