Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pandemik Covid-19 beri impak kesihatan tingkah laku manusia dan menyebabkan tekanan, kata penyelidik

    Pandemik Covid-19 beri impak kesihatan tingkah laku manusia dan menyebabkan tekanan, kata penyelidik

    By April 22, 2022Updated:April 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Nathan Cowley/Pexels

    PENYELIDIK dari Jabatan Psikologi, Universiti Monash Malaysia, Prof. Madya Dr. Shian-Ling Keng bersama dengan pasukannya seramai 107 orang dari 40 buah negara membuat penyelidikan mengenai impak Covid-19 terhadap kesihatan tingkah laku manusia.

    Kajian yang diterbitkan di Preventive Medicine Reports itu mendapati masalah kegelisahan atau kebimbangan melampau mempunyai kaitan dengan pandemik Covid-19 apabila langkah berkurung di dalam rumah telah membawa kepada tingkah laku buruk seperti merokok, minuman beralkohol dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

    Tingkah laku tidak sihat ini merupakan faktor risiko penyakit tidak berjangkit termasuk obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular yang seterusnya meningkatkan risiko dijangkiti Covid-19 dan membawa kepada penyakit yang lebih teruk sehingga meningkatkan jumlah kematian.

    Pasukan penyelidik itu menggunakan data daripada projek PsyCorona global iaitu kajian mengenai hubungan psikologi dan kaitan tingkah laku dengan Covid-19.

    Keng dan pasukannya telah meninjau 7,902 peserta dewasa dari 86 negara dengan merentasi tiga gelombang penilaian.

    Mereka mengukur risiko jangkitan peserta itu dengan melihat aspek seperti beban ekonomi dan tingkah laku kesihatan yang terdiri daripada senaman fizikal, pemakanan yang tidak sihat, merokok serta pengambilan alkohol.

    Kajian tersebut mendapati, bebanan ekonomi yang dialami itu mempengaruhi kualiti diet, tidur dan peningkatan kepada tabiat merokok malah mempunyai kaitan dengan risiko jangkitan Covid-19

    “Pandemik mengajar kita tentang hubung kait antara pelbagai jenis stres dan kesan kesihatan yang merentasi kumpulan sosioekonomi berbeza.

    “Adalah sangat penting untuk kita menangani kesan kumulatif, risiko jangkitan yang tinggi dan bebanan ekonomi serta kesihatan,” kata Keng.

    Sejak Mac 2020, Saintis PsyCorona telah menjalankan temu bual berterusan selama 20 minit dengan lebih 60,000 orang di 115 negara.

    Topik tinjauan terdiri daripada tabiat mencuci tangan dan ketidakpuasan hati memakai pelitup muka serta mesej yang disampaikan oleh kerajaan.

    Penemuan awal daripada kajian itu menunjukkan nilai membangunkan intervensi untuk menangani stres berkaitan Covid-19 yang mempengaruhi kesan ke atas kesihatan tingkah laku. Seterusnya mempengaruhi kerentanan kepada virus itu dan kesihatan lain .

    Keng mengatakan bahawa hubungan antara tekanan kerana Covid-19 dengan tingkah laku kesihatan dilihat konsisten di seluruh tempat tidak kira di negara miskin sehingga ke negara Eropah yang maju.

    Mengorak langkah seterusnya, pasukan itu ingin memeriksa mekanisme psikologi yang mungkin mempunyai kaitan termasuk emosi negatif dan penggunaan strategi seperti penyelesaian masalah dan cara mengelakkannya.

    Sementara itu, Profesor Madya Dr. Jones dari Jabatan Sosiologi di Universiti George Washington berkata, pandemik memberi cabaran ekonomi jangka pendek dan panjang.

    “Namun, kurang perhatian diberikan terhadap bagaimana dari segi sosial dan ekonomi akan terjejas oleh perubahan landskap yang disebabkan oleh pandemik itu,” tegasnya.

    Seorang lagi pengarang bersama, Prof. Madya Dr. Grigsby-Toussaint yang merupakan pensyarah dalam bidang Sains Tingkah Laku dan Sosial dan Epidemiologi di Brown University School of Public Health, Amerika Syarikat mengatakan bahawa memberi sokongan dan penglibatan dalam usaha kerjasama antarabangsa adalah penting untuk mengurangkan kesan Covid-19.

    “Intervensi yang berkesan perlu disesuaikan dengan konteks tempatan kerana ia penting untuk mempunyai pandangan lebih luas tentang tekanan dan tingkah laku kesihatan yang mendorong kepada penyebaran wabak itu,” tuturnya.- RELEVAN

    Previous ArticleLatih kemahiran motor anak di rumah, ikuti tips dari guru tadika ini
    Next Article 5 Soalan Ramadan #2: Persoalan-persoalan tentang solat sunat tarawih

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.