Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jual pakaian bayi dewasa sehingga ke Eropah, AS

    Jual pakaian bayi dewasa sehingga ke Eropah, AS

    By Umi FatehahApril 2, 2022Updated:April 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KETIKA kita masih anak-anak kecil, sudah semestinya kita mempunyai impian dan cita-cita.  Ada yang mahu menjadi doktor, guru atau mahu melindungi negara dengan menyertai anggota tentera.  

    Namun bagi Joey, salah seorang daripada komuniti Adult Baby Diaper Lover (ABDL) menanam angan-angan dari kecil untuk memiliki dan menjual pakaian bayi bersaiz dewasa.   

    Joey menanam azam dalam dirinya bahawa tidak kira apa pun yang terjadi, dia harus menghasilkan pakaian ABDL kerana menurutnya, pakaian ini mencerminkan keperibadian seseorang termasuk dirinya sendiri.

    AKAUN Instagram milik Joey.

    “Saya tertanya-tanya mengapa orang diluar sana boleh menghasilkan pakaian yang biasa atau pakaian yang kosong untuk dewasa dan tidak mengeluarkan pakaian tidur yang comel tidak kira jantina atau umur dan saiz badan. 

    “Mengapa pakaian comel hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja? Inilah satu tanda soal besar yang saya harus selesaikan,” katanya kepada Relevan.

    Bermula pada 2016, Joey mengambil inisiatif mengumpul duit untuk membeli mesin jahit dan fabrik untuk menghasilkan pakaian ABDL.  Sambil bekerja sebagai perunding IT, dia sudah mula menceburi bidang perniagaan dalam dunia ABDL sebagai pendapatan sampingan.  

    “Saya ingat lagi masa itu saya sudah mula menceburi perniagaan dalam dunia ABDL dengan menjual lampin yang ditampal stiker kartun yang comel hasil rekaan saya sendiri dengan menggunakan perisian grafik dan dijual secara dalam talian di eBay. 

    “Ketika itu saya sudah dapat beberapa pesanan yang banyak daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat. Melalui eBay juga saya sudah mula menjual pakaian ABDL rekaan saya yang pertama,” tambah Joey.

    Selepas satu tahun, Joey membuat keputusan untuk menaik taraf perniagaannya dengan menghasilkan laman webnya sendiri.  Selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja, Joey kembali ke rumah asalnya di Perak dan memulakan perniagaan sebagai pereka pakaian ABDL secara dalam talian.

    Joey menguruskan perniagaannya di rumah dengan menyediakan ruang menjahit, set penggambaran dan tempat menyimpan stok kain.   Dia mengambil masa selama empat tahun untuk belajar menjahit dan cara menggunakan mesin jahit di YouTube.

    JOEY ketika menyiapkan pesanan daripada pelanggannya.

    Menurut Joey, untuk menghasilkan satu set pakaian ABDL ini mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam.  Dia juga berlatih setiap hari untuk memastikan hasilnya berkualiti tinggi.

    “Sehingga kini saya masih menerima pesanan pakaian ABDL yang perlu saya siapkan. Saya sangat bersyukur dan perlahan-lahan cuba selesaikan pesanan yang diterima daripada serata dunia yang kebanyakan pelanggan dari negara asing,” tambahnya.

    JOEY menguruskan perniagaan seorang diri.

    Sebelum ini perniagaan Joey terpaksa ditangguhkan seketika kerana pandemik Covid-19 dan perkhidmatan penghantaran ke luar negara dihentikan.  Kini, masalah tersebut sudah selesai dan Joey kembali melebarkan legasi perniagaannya. – RELEVAN

    ABDL featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.