Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penghidap diseru sertai webinar MRKH

    Penghidap diseru sertai webinar MRKH

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 10, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENGHIDAP sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser (MRKH) diseru untuk menyertai Webinar MRKH anjuran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan MRKH Malaysia yang akan diadakan pada Sabtu ini.

    Pengasas MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim atau Wani Ardy berkata, pihaknya memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya 90 penghidap sindrom itu dalam webinar tersebut bagi membolehkan kutipan data dilakukan untuk mengesahkan kajian berkenaan MRKH.

    “MRKH Malaysia dan HCTM telah berusaha keras bagi memastikan Webinar MRKH dapat dilaksanakan. Banyak isu dan persoalan boleh dijawab melalui webinar ini.

    “Jika webinar ini tidak mendapat sambutan daripada penghidap sindrom MRKH serta keluarga dan pasangan mereka, sukar untuk kita laksanakan lagi,” katanya kepada Relevan.

    Webinar tersebut akan diadakan secara dalam talian pada Sabtu ini, bermula pukul 8.30 pagi hingga 1 petang.

    Antara isu yang akan dikongsikan dalam webinar tersebut ialah pengenalan kepada MRKH, kesihatan mental penghidap, pembentukan saluran faraj, pembedahan pemindahan rahim, proses pengambilan anak angkat dan penyusuan anak angkat.

    Perkongsian tersebut akan dikongsikan pakar-pakar perubatan dari HCTM termasuk konsultan O&G HCTM, Profesor Madya Dr. Ani Amelia Zainuddin; pensyarah Fakulti Perubatan UKM, Profesor Madya Dr. Tuti Aryani Mohd. Daud dan konsultan O&G HCTM, Prof. Dr. Nur Azurah Abdul Ghani.

    Menurut Wani, sukar untuk mendapatkan penghidap MRKH memandangkan ia merupakan sindrom yang jarang ditemui namun beliau percaya, jumlah 90 orang yang disasarkan dapat dicapai.

    Jelas beliau, nisbah untuk sindrom MRKH terjadi adalah 1 dalam setiap 4,500 ke 5,000 wanita di seluruh dunia. Ini bermakna, ada kemungkinan besar bahawa terdapat ribuan penghidap sindrom MRKH di Malaysia.

    “Mengapa penghidap enggan menjawab soal selidik atau menyertai webinar, kerana stigma terhadap penghidap terlalu tebal. Mereka takut, malu dan lebih selesa hidup dalam persembunyian masing-masing. Atau mungkin mereka tidak tahu pun mereka menghidap sindrom MRKH.

    “Sukar untuk saya bantu jika semua bersembunyi. Ada banyak perkara yang kami, MRKH Malaysia boleh usahakan bersama dengan HCTM. Kami boleh usahakan untuk laksana pembedahan pemindahan rahim yang pertama di Malaysia, usahakan kelulusan Majlis Fatwa, usahakan dana kerajaan untuk bantu beri sokongan perubatan yang diperlukan bagi kesihatan mental dan fizikal mereka.

    “Tapi saya tak dapat usahakan semua ini selagi tak dapat buktikan bahawa mereka wujud. Untuk menggerakkan semua usaha, saya perlu data bahawa penghidap MRKH dalam Malaysia ini wujud. Ahli MRKH Malaysia ada 200 orang. HCTM sendiri menerima satu atau dua kes sindrom MRKH yang baharu setiap minggu. Tapi tanpa kemahuan dan kerelaan semua penghidap ini, kita tak dapat buat apa-apa,” katanya.

    Sindrom MRKH merupakan keadaan seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim dan faraj yang sempurna. Simptom utama sindrom tersebut ialah tidak datang haid yang biasanya dikesan ketika penghidap berusia 12 ke 15 tahun.

    Jelas Wani, beliau mengharapkan penghidap bersama keluarga atau pasangan dapat hadir kerana bukan mudah untuk mendapat peluang melaksanakan webinar yang membincangkan sindrom langka seperti itu.

    Kongsi beliau, pengetahuan dan kesedaran tentang kewujudan sindrom tersebut masih rendah di Malaysia, malahan dalam kalangan profesional perubatan sendiri.

    “Mengikut pengalaman saya dan rakan penghidap lain, masih ramai pegawai perubatan yang tidak tahu tentang kewujudan sindrom ini secara terperinci. Sebab itu, webinar ini sangat penting kerana maklumat yang dikongsikan, mungkin penghidap tidak akan dapat di tempat lain.

    “Dalam webinar ini penghidap boleh tanya apa sahaja, dan pakar-pakar kita akan jawab. Malah, buat pertama kali juga, pasangan atau keluarga penghidap boleh hadir.

    “Selama ini perjumpaan kami belum pernah dibuka kepada bukan penghidap kerana sifat penghidap MRKH ini, mereka sangat perahsia dan rendah keyakinan diri. Mereka takut untuk benarkan orang lain masuk dalam dunia mereka.

    “Tapi kali ini kami buka pada pasangan dan keluarga kerana saya fikir, kita tak boleh bersembunyi selamanya. Webinar ini boleh membantu orang terdekat memahami kehidupan dan perasaan kita sebagai wanita MRKH, serta membantu kita meneruskan hidup seperti wanita normal yang lain,” katanya.

    Penghidap sindrom MRKH atau keluarga serta pasangan penghidap yang berminat menyertai webinar ini boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaannya dengan menghubungi MRKH Malaysia di talian Whatsapp 018-236 0216 dan laman Facebook rasmi komuniti tersebut. – RELEVAN

    featured kesihatan MRKH MRKH Malaysia
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.