Facebook Twitter
    Trending
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip kekal relevan dalam industri hiasan dalaman

    7 tip kekal relevan dalam industri hiasan dalaman

    By February 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TUGAS pereka bentuk dalaman dan pereka hiasan dalaman bukan sekadar memberi kecantikan ruang dalaman untuk sesebuah kediaman, tetapi mereka sebenarnya membantu menyelesaikan kebuntuan pemilik kediaman untuk memperindah tempat tinggal mereka termasuklah membuat renovasi.

    Bukan itu sahaja, pasukan pereka tersebut membantu pemilik kediaman yang mahu meluaskan rumah, tetapi tiada masa untuk menguruskannya. 

    Kesalahan paling banyak yang dilakukan oleh pemilik kediaman ialah mereka membuat rumah tanpa perancangan yang selamat lantas tindakan itu mengakibatkan kerugian besar kepada mereka.

    Sehubungan itu, di sinilah pentingnya peranan dan tugas pereka bentuk dalaman untuk memberi nasihat serta cadangan dalam membuat pengubahsuaian rumah.

    Pengasas Mamy Home, Mohd. Amin Mohd. Yussoff yang juga berpengalaman 15 tahun dalam bidang rekaan dalaman berkongsi tujuh sifat penting yang perlu ada dalam diri pereka bentuk dalaman dan pereka hiasan dalaman untuk kekal relevan dalam industri ini.

    1. Kreatif 

    Pereka bentuk dalaman dan pereka hiasan dalaman perlu sentiasa kreatif dari segi mencari penyelesaian ruang, penyelesaian masalah di tapak, penyelesaian masalah komunikasi pelanggan dan kreatif untuk membuat rekaan bentuk terkini.

    2. Semangat

    Anda tidak boleh meneruskan kerjaya ini tanpa mempunyai semangat atau passion yang tinggi kerana ia akan membuat anda tidak bersemangat, cepat penat dan mudah kecewa. Semangat ini diperlukan agar seseorang pereka itu sentiasa berada dalam keadaan fokus mencari rekaan yang lebih baik dan membaikinya untuk mendapatkan hasil sempurna.

    Kredit foto: Mamy Home

    3. Pertumbuhan minda

    Sentiasa meningkatkan kemahiran, ilmu, pendapatan dan wawasan. Sikap ini akan memastikan anda kekal menjadi ketua industri pereka dalaman. Apa yang anda miliki hari ini perlu dinaik taraf supaya sentiasa berada dalam keadaan segar dengan sasaran yang baharu dan cara hidup lebih baik. 

    4. Amanah 

    Pereka hiasan dalaman memegang amanah besar untuk memastikan duit dan rumah pemilik kediaman di uruskan dengan sempurna. Perkara ini selari dengan prinsip patuh syariah yang patut diamalkan. 

    5. Seronok

    Sentiasa nampak perkara yang seronok dalam setiap keadaan. Seronok dalam menyelesaikan masalah dan seronok dalam menghadapi masalah baharu kerana anda faham anda akan lebih bijak apabila berjaya selesaikan masalah itu. 

    6. Suka memberi pertolongan

    Wajib mempunyai perasaan suka membantu pemilik kediaman. Ada orang suka kerja dengan mesin dan ada juga yang suka bekerja bersama manusia. Tugas pereka dalaman banyak bersangkut paut dengan orang. Oleh itu, mereka perlu menyantuni sesama manusia, memastikan perasaan mereka tenang, dapat fahami perasaan dan cita rasa. 

    7. Kerjasama pasukan

    Industri ini memerlukan anda bekerja dalam pasukan, maka anda perlu mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik termasuklah  bersama pelanggan, staf dan pihak-pihak lain. Anda juga perlu sedar kejayaan sesebuah projek bukan kerana anda hebat, tetapi kerana pasukan yang hebat menyelesaikan masalah.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.