Facebook Twitter
    Trending
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 49 peratus penghidap diabetes tidak pernah didiagnosis

    49 peratus penghidap diabetes tidak pernah didiagnosis

    By Zubaidah IbrahimFebruary 9, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HIDUP tidak terasa lengkap tanpa menghirup secawan kopi atau teh pada waktu pagi dan minum petang pula dengan aneka kuih-muih yang kaya dengan kandungan gula.

    Sudah menjadi budaya makan orang Malaysia yang sangat menggemari makanan manis. Lama-kelamaan keghairahan menikmati makanan manis itu akhirnya menjadi punca kepada penyakit diabetes.

    Menurut Pakar Pemakanan Pantai Hospital Laguna Merbok, Norhamizah Sohaimi, diabetes merupakan satu masalah kesihatan yang dikenali sebagai pembunuh senyap atau silent killer.

    Penyelesaian kepada masalah diabetes adalah dengan cara menguruskan masalah penyakit ini dengan serius.

    “Menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes. Prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

    “Sejumlah 49 peratus daripada penghidap diabetes di Malaysia tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini. Menurut dapatan tinjauan itu lagi, tiga negeri merekodkan penyakit diabetes tertinggi, iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Pahang,” ujarnya.

    Jelas Norhamizah, keingi­nan yang tinggi pada makanan manis berlaku apabila kita tidak makan makanan yang seimbang dan makan terlalu banyak karbohidrat. Untuk pengetahuan, karbohidrat adalah sumber tenaga utama dan tidak kekal lama dalam perut setelah kita memakannya.

    “Jika kita tidak mengambil makanan seimbang iaitu mengandungi protein, sedikit lemak dan serat yang lebih tinggi, tubuh akan berasa masih lapar dan menginginkan sesuatu yang manis.

    Oleh itu, pastikan setiap hidangan yang diambil adalah seimbang iaitu mengandungi karbohidrat, protein dan serat seperti konsep suku-suku separuh,” katanya.

    Norhamizah berkongsi tip pemakanan sihat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan penyakit diabetes.

    • Mengambil makanan pada masa yang tetap.

    Penghidap diabetes digalakkan untuk mengambil makanan secara sedikit dan kerap mengikut keperluan

    • Mengawal makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.

    Pengambilan karbohidrat kompleks perlulah dikawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan paras gula dalam darah.

    • Mengawasi pengambilan karbohidrat ringkas seperti makanan dan minuman manis.

    Pengambilan karbohidrat ringkas yang tinggi boleh menyebabkan kenaikan gula darah secara mendadak dan menyumbangkan kepada pertambahan kalori dan menye­bab­kan kenaikan berat badan.

    • Mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi.

    Makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, legum (kacang soya, kacang pea) dan bijirin gandum penuh dapat mengawal paras gula dalam darah. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tinggi kerana boleh menyebabkan rintangan insulin resistant.- RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari artikel “Elak keghairahan makan manis”  yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 Oktober 2021.

    Previous ArticleKepentingan jaga nilai kredit peribadi 
    Next Article 13 kematian akibat Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.