Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Wasiat KWSP’: Mengapa penting untuk buat penamaan?

    ‘Wasiat KWSP’: Mengapa penting untuk buat penamaan?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 24, 2022Updated:October 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAMBAR HIASAN

    KEPADA siapa akan diserahkan simpanan kita dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila kita meninggal dunia kelak? Bagaimana pula kita mahu memastikan wang tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang sepatutnya?

    Soalan-soalan ini dapat dijawab jika kita faham dengan proses dan manfaat membuat penamaan untuk simpanan KWSP. Untuk memahami perkara tersebut, RELEVAN mengumpulkan soalan lazim penting yang diambil daripada laman web KWSP sendiri untuk anda.

    Apa maksud penamaan?

    Penamaan merupakan pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau bertindak sebagai wasi atau pentadbir (bagi orang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

    Untuk apa penamaan dibuat?

    Tujuan penamaan dibuat adalah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

    Bagaimana membuat penamaan?

    Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dengan mengemukakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli dan salinan dokumen diri semua penama. Borang penamaan hendaklah dihantar oleh ahli dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.

    Bila penamaan itu berkuat kuasa?

    Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh borang penamaan diterima di mana-mana Pejabat KWSP.

    Bolehkah waris ahli menuntut simpanan sedangkan ahli telah menamakan pihak lain sebagai penama?

    Tidak. Mengikut Akta KWSP, bayaran hanya akan dibuat kepada penama yang dinamakan oleh ahli sahaja.

    Siapa yang boleh dinamakan?

    • Mana-mana individu. Ahli digalakkan untuk menamakan waris terdekat (suami, isteri, ibu, bapa atau anak) bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari
    • Institusi yang diluluskan iaitu Amanah Raya Berhad (ARB)

    Apa peranan penama?

    Untuk ahli beragama Islam, penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris ahli yang berhak mengikut undang-undang Islam.

    Untuk ahli bukan beragama Islam, penama merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia. 

    Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, pemohon yang layak ialah waris terdekat ahli yang meninggal dunia. Jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, pemohon yang layak ialah waris terdekat penama.

    Apakah dokumen yang diperlukan?

    Warganegara

    • Salinan kad pengenalan awam atau kad pengenalan Malaysia (MyKad) atau kad pengenalan tentera
    • Kad pengenalan polis dan surat majikan (menyatakan nombor kad pengenalan polis dan nombor kad pengenalan awam merujuk kepada orang sama)
    • Salinan dokumen pengenalan diri penama

    Pemastautin tetap

    • Kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR)
    • Salinan dokumen pengenalan diri penama

    Bukan warganegara

    • Salinan pasport
    • Salinan dokumen pengenalan diri penama

    Bagaimana untuk menyemak penamaan?

    • i-Akaun (untuk ahli berdaftar sahaja)
    • Kunjungi cawangan KWSP berdekatan
    epf featured kwsp penama wasiat
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.