Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Teruskan gaji progresif tetapi jangan tinggalkan gaji minimum

    Teruskan gaji progresif tetapi jangan tinggalkan gaji minimum

    By July 21, 2023Updated:July 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENGUMUMAN kerajaan untuk untuk mengikuti Model Gaji Progresif (PWM) yang dilaksanakan di Singapura adalah satu langkah positif, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

    Namun, kata pertubuhan itu, kerajaan tidak perlu meninggalkan sistem gaji minimum yang sedia ada.

    Pengerusinya, Norsyahrin Hamidon berkata, PWM terbukti berkesan dalam meningkatkan gaji dan membaiki keadaan kerja pekerja bergaji rendah di beberapa sektor di Singapura. Namun, di Singapura, ia hanya dilaksanakan dalam empat sektor, iaitu pembersihan, keselamatan, landskap dan peruncitan.

    “Dalam sektor ini, peraturan gaji meliputi bukan sahaja pekerjaan bergaji rendah tetapi juga pekerjaan yang mempunyai kedudukan lebih tinggi seperti penyelia dan pengurus.

    “PWM berfungsi dengan menetapkan gaji asas (gaji minimum) bagi setiap pekerjaan dalam sektor dan juga menetapkan jumlah kenaikan gaji serta jadual yang diperlukan untuk lima tahun berikutnya yang mesti dipatuhi majikan,” katanya dalam kenyataan pada 21 Julai.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar

    Jelas Norsyahrin, terdapat ciri-ciri baik PWM yang patut diterima pakai oleh Malaysia namun sistem gaji minimum sedia ada tetap diperlukan.

    “Dasar gaji minimum kita adalah peraturan gaji yang diperlukan untuk semua pekerjaan, meliputi semua sektor, bukan hanya sesetengah sektor sahaja,” jelasnya.

    Menurut Norsyahrin, masih banyak yang perlu dilakukan kerajaan bagi menjamin gaji yang wajar untuk pekerja di Malaysia. 

    Menuju gaji wajar

    Memetik kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anggaran gaji kehidupan wajar untuk seorang dewasa bujang adalah antara RM2,300 hingga RM2,600. Namun ketika ini, gaji minimum yang ditetapkan kerajaan adalah sebanyak RM1,500.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kos sara hidup meningkat 78% selepas berkahwin, perlu RM4,630 sebulan untuk hidup di Lembah Kelang

    “Belanjawanku KWSP juga mencadangkan bahawa purata gaji kehidupan wajar pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak adalah kira-kira RM6,000.

    “Berdasarkan data median isi rumah Jabatan Perangkaan, kira-kira 51 peratus isi rumah berpendapatan di bawah RM6,000. Dalam erti kata lain, lebih separuh daripada rakyat Malaysia hidup di bawah gaji sara hidup,” katanya.

    Bagi Norsyahrin, kedua-dua sistem gaji minimum dan PWM perlu bergerak seiring memandangkan terdapat kira-kira empat juta pekerja yang berpendapatan di bawah RM2,000 pada 2020 telah mendapat manfaat daripada dasar gaji minimum dan kesannya yang melata.

    Bagaimanapun, ia tidak memberi kesan yang sepatutnya kepada empat juta pekerja lain yang mempunyai gaji pertengahan antara RM2,000 hingga RM6,000.

    ARTIKEL BERKAITAN: 60% graduan bekerja dengan gaji bawah RM2,000 dan 4 statistik lain tentang kebolehpasaran graduan

    Kata beliau, sejak dasar gaji minimum diperkenalkan pada 2013 dan beberapa kenaikan telah dilaksanakan, pekerja yang mendapat gaji RM2,500 mungkin tidak menerima sebarang kenaikan yang berkadar kerana majikan tidak diwajibkan untuk menaikkan gajinya.

    “Ini mungkin satu motivasi yang baik untuk kita menggunakan beberapa ciri PWM Singapura. 

    “Jelas sekali, dalam jangka masa panjang kerajaan perlu menggunakan pendekatan yang lebih luas melangkaui gaji minimum dan juga melangkaui beberapa penambahbaikan berdasarkan PWM Singapura.

    “Pendekatan yang lebih luas mungkin termasuk langkah seperti mengurangkan bilangan pekerja asing, menggalakkan penyatuan pekerja dan menggalakkan perundingan kolektif serta menetapkan semula dasar perindustrian dan pelaburan,” katanya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.