PERPISAHAN – sama ada yang meninggalkan atau ditinggalkan – kedua-duanya pasti menghadapi situasi yang sukar. Tidak kiralah sama ada berpisah secara baik atau melalui pergaduhan, menerima perpisahan tetap bukan perkara yang mudah. Bukan itu sahaja, proses untuk berdamai dengan takdir atau bahasa mudahnya – move on, lebih sukar. Hakikatnya, putus cinta bukan sahaja bermakna berpisah dengan orang yang pernah disayangi. Kita perlu meninggalkan kenangan, rancangan masa hadapan dan versi diri kita dalam perhubungan itu. Cakap memang senang, mahu melaksanakannya itu susah. Mengapa? Melabur hati, emosi Salah satu sebab terbesar sukar untuk berdamai dengan takdir selepas putus cinta ialah pelaburan emosi. …
Umi Fatehah
BERCAKAP tentang segala hal berkaitan wang, setiap daripada kita dibesarkan dengan kepercayaan dan cara pengurusan yang berbeza. Ilmu kewangan yang disampaikan secara turun-temurun bermula daripada generasi atuk dan nenek itu ada benar dan salahnya. Namun, dunia makin berubah, gaya hidup generasi sekarang juga tidak sama dengan zaman nenek moyang terdahulu. Tidak dilupakan juga keadaan ekonomi dan nilai mata wang hari ini yang mungkin membuatkan kepercayaan kewangan dahulu sudah tidak relevan diguna pakai pada zaman sekarang. Berikut Relevan bongkarkan beberapa mitos kewangan yang biasa kita dengar dan fakta sebenar di sebaliknya. “Rumah untuk kehidupan selepas pencen perlu dibeli secepat mungkin!” Selama…
PERJALANAN memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan minat ibarat menyelesaikan satu misteri. Jangan takut, ia boleh menjadi pengembaraan misteri yang menyeronokkan! Masih belum terlambat untuk anda mulakan misi mencari kerjaya yang bersesuaian. Mulakan dengan langkah pertama. Fikirkan apa yang anda suka lakukan di sekolah, dalam kelas atau pada waktu lapang. Adakah anda seorang pelajar yang sukakan fotografi, melukis, menulis atau menyelesaikan masalah matematik? Mengenal pasti apa yang diminati boleh membantu anda mencari kerjaya yang bersesuaian. Seterusnya, mulakan penerokaan! Sertai kelab sekolah, program sukarelawan, cuba hobi baharu atau bekerja sambilan dalam pelbagai bidang (dengan syarat: anda sudah mendapatkan keizinan ibu bapa). …
ZAMAN muda sering digambarkan sebagai fasa penuh tenaga, bebas dan peluang terhidang tanpa batas. Namun, seiring berlalunya waktu, mungkin datang kesedaran bahawa kita tidak sepenuhnya menghargai fasa itu. Masa berlalu dengan pantas dan sebelum kita sedar, hati mula terdetik – alangkah indahnya jika saat-saat muda lebih dihargai dan diisi dengan perkara yang menyeronokkan. Berikut merupakan beberapa cara untuk menikmati dan memanfaatkan sepenuhnya masa muda anda sebelum terlambat. Hargai kesihatan dan tenaga Tubuh anda berada pada tahap kemuncak semasa muda dan ia tidak sepatutnya diambil mudah. Mampu bangun pagi dengan segar selepas tidur lewat dan masih bertenaga sepanjang hari adalah kelebihan…
KAD kredit merupakan salah satu alat kewangan yang membolehkan anda membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai. Ia memberikan akses kepada sejumlah had kredit untuk berbelanja. Setelah digunakan, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada bank pada tarikh tertentu. Penggunaan kad kredit memudahkan urusan perbelanjaan harian, terutamanya untuk transaksi besar atau kecemasan. Namun, kad kredit perlu digunakan dengan berhati-hati. Jika tidak dibayar tepat pada waktu, baki yang tertunggak akan dikenakan kadar faedah. Tambahan itu, kadar faedah kad kredit pula kebiasaannya sangat tinggi. Ia akan menyebabkan hutang sedia ada bertambah dari masa ke masa. Anggap sahaja kad kredit sebagai pedang bermata dua. Ia…
KEWANGAN merupakan aspek penting dalam kehidupan, terutamanya melibatkan hubungan jangka panjang. Walaupun cinta dan kepercayaan adalah asas yang penting dalam sesebuah hubungan, isu kewangan boleh menjadi punca ketegangan jika tidak ditangani dengan betul. Seperti dibincangkan dalam media sosial, ramai membangkitan isu red flag atau tanda amaran yang perlu dikenal pasti dalam pasangan masing-masing. Kata mereka, sementara masih bercinta dan ada peluang untuk merenung semula hala tuju hubungan, nilai pasangan masing-masing dengan teliti. Ada juga yang meluah sudah berkahwin dengan pasangannya yang mempunyai banyak tanda amaran. Hendak bercerai, kesiankan pula nasib anak-anak yang akan membesar tanpa kasih sayang ibu atau bapa. …
SETIAP hari, kita meluangkan lebih dari lapan jam waktu bekerja di pejabat. Di sekeliling kita, ada pelbagai jenis rakan sekerja – yang diam seribu bahasa, peramah atau sentiasa sibuk dengan kerja hingga tidak toleh kiri dan kanan. Pada awalnya, mungkin anda hanya sekadar bertukar senyuman dan salam. Lama-kelamaan, masa yang diluangkan beramai-ramai mula membuka peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Perjumpaan selepas waktu bekerja semakin kerap. Sesi makan-makan dan karaoke bersama diadakan hampir setiap bulan. Makin lama, hubungan kawan menjadi makin akrab. Tetapi, ada beberapa pendapat bahawa tidak elok jika berkawan terlalu rapat dengan rakan sekerja. Sebenarnya apa…
Tahukah anda bahawa orang paling kaya di dunia tidak hanya menikmati kekayaannya, malah mengubah cara dunia berfikir tentang teknologi? Ya, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk adalah antara individu paling berpengaruh dalam membentuk masa depan teknologi global. Setakat September 2024, kekayaan Musk mencecah AS$239 bilion (RM1.123 trilion)! Namun, kekayaannya tidak datang bergolek. Dari automotif elektrik hingga penerokaan angkasa, usaha keras Musk telah menjadikannya tokoh penting dalam inovasi teknologi dan keusahawanan. Siapa Elon Musk? Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Afrika Selatan. Sejak kecil, minatnya terhadap teknologi sangat luar biasa. Pada umur 12 tahun, Musk sudah mencipta…
JERAWAT, pori dan garis penuaan. Ketiga-tiga perkara itu menjadi masalah kulit utama yang dialami oleh lelaki dan perempuan tanpa mengira usia. Bayangkan situasi ini: setiap kali menatap cermin, kita menyedari ada jerawat baharu yang muncul atau pori-pori pada wajah kelihatan semakin besar. Mungkin juga, ada garis-garis halus yang mula terbentuk di sekitar mata dan dahi. Perasaan resah dan bimbang tidak dapat dielakkan. Kulit muka yang selama ini menjadi cerminan keyakinan berubah menjadi punca runtuhnya keyakinan diri. Pemakanan yang tidak seimbang dan banyak mengambil makanan berminyak dan manis menjadi salah satu penyebab jerawat. Hormon yang tidak stabil pula boleh mencetuskan masalah…
CUACA Malaysia yang panas dan lembap sering menyebabkan masalah bau badan, terutama bagi pelajar yang sibuk dengan kelas dan aktiviti luar. Bau badan adalah perkara biasa tetapi itu tidak bermakna kita perlu membiarkannya begitu sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua orang berisiko mengalami masalah bau badan, lebih-lebih lagi selepas berpeluh. Jika anda sering mandi dan mencuci rambut pada waktu pagi, pastikan rambut dikeringkan dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung. Rambut yang lembap bukan sahaja boleh merosakkan kulit kepala, malah akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, jangan sesekali lupakan penggunaan deodoran! Mungkin anda tidak menyedari bau sendiri tetapi…