Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Segala yang anda perlu tahu tentang skin tag

    Segala yang anda perlu tahu tentang skin tag

    By Umi FatehahApril 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAG kulit ialah kulit lembut yang tergantung yang mungkin mempunyai tangkai dan ada kalanya kelihatan seperti tahi lalat biasa. - GAMBAR OLEH HEALTH DIRECT

    JIKA anda perasan ada tompok atau gumpalan seakan tahi lalat pada mana-mana bahagian badan, ia mungkin tag kulit atau skin tag.

    Tag kulit ialah kulit lembut yang tergantung yang mungkin mempunyai tangkai dan ada kalanya kelihatan seperti tahi lalat biasa. Ia boleh kelihatan dalam pelbagai warna dan saiz, bermula dengan beberapa milimeter kecil sehingga 5cm lebar.

    Tag kulit boleh muncul di mana-mana bahagian badan, terutamanya di bahagian badan yang sering bergesel dengan kulit atau pakaian. Ia biasanya boleh didapati di kawasan seperti leher, ketiak, pangkal paha atau di bawah bahagian dada. Mereka juga boleh tumbuh pada kelopak mata atau di bawah lipatan punggung.

    Tag kulit boleh kelihatan seperti ketuat, namun terdapat sedikit perbezaan antara tag kulit dan ketuat.

    Perhatikan dan pegang tag kulit pada badan (sekiranya ada). Tag kulit bersifat llicin dan lembut manakala ketuat secara fizikalnya lebih kasar dengan permukaan yang tidak sekata.

    Tag kulit tampil secara berketul-ketul dan kelihatan seakan tergantung pada kulit, berbanding ketuat yang biasanya timbul dalam jumlah yang sedikit dan kelihatan seakan ia berada dalam kulit dan tidak tergantung.

    Mengapakah tag kulit tumbuh pada kulit?

    Tag kulit diperbuat daripada gentian kolagen dan saluran darah yang dikelilingi oleh kulit. Ia cenderung berlaku pada orang yang lebih tua. Disebabkan ia cenderung tumbuh di lipatan kulit, ia lebih lazim berlaku pada orang yang berat badannya berlebihan atau mempunyai diabetes jenis 2.

    Wanita hamil juga mungkin lebih cenderung untuk mengembangkan tanda kulit akibat perubahan dalam tahap hormon mereka. Namun, sesetengah orang mempunyai tag kulit tanpa sebab yang jelas.

    Selain obesiti dan kehamilan, kajian telah mendapati bahawa tag kulit lebih berkemungkinan berlaku sekiranya paras kolesterol pada tahap tinggi atau tekanan darah tinggi.

    Mereka juga telah dikaitkan dengan rintangan insulin dan peningkatan protein C-reaktif sensitif tinggi, penanda keradangan.

    Ini menunjukkan bahawa tag kulit mungkin menawarkan tanda luaran peningkatan risiko rintangan insulin, sindrom metabolik, aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular.

    Dalam kes yang jarang-jarang berlaku, ia mungkin berkait dengan Sindrom Birt-Hogg-Dubé dan Sindrom Ovari Polikistik (P.C.O.S).

    Adakah ia berbahaya?

    Tidak, ia tidak berbahaya dan kebiasaannya tidak akan membuatkan anda berasa sakit.

    Walau bagaimanapun, anda boleh mempertimbangkan untuk membuangnya jika ia menjejaskan keyakinan diri atau jika ia tersangkut pada pakaian, barang kemas dan menyebabkan pendarahan.

    Kadangkala, tag kulit tertanggal dengan sendirinya jika tisu itu berpintal dan kecut akibat kekurangan bekalan darah.

    Bagaimanakah cara untuk membuangnya?

    Tag kulit boleh dibuang dengan cara yang sama seperti cara ketuat dibuang. Ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan atau menggunakan ubat dalam bentuk krim yang boleh didapati di farmasi.

    Tetapi, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

    Jika tag kulit anda bersaiz kecil, besar kemungkinan doktor mencadangkan untuk anda cuba membuangnya sendiri.

    Sebagai contoh, mereka mungkin mencadangkan untuk mengikat pangkal tag kulit dengan flos gigi atau kapas untuk memotong bekalan darahnya dan membiarkannya tertanggal sendiri.

    Jangan sekali-kali cuba mengeluarkan sendiri tag kulit yang besar kerana ia akan menyebabkan pendarahan yang banyak dan berpotensi untuk dijangkiti kuman.

    Kebanyakan tag kulit adalah ketumbuhan biasa dan bukan disebabkan oleh kanser. Tetapi jika tag kulit anda kelihatan mencurigakan dan bukan seperti tag kulit yang anda lihat di internet,l doktor mungkin akan melakukan biopsi sebagai langkah berjaga-jaga.

    Banyak juga cadangan yang dikongsikan di internet untuk membuangnya secara semula jadi. Contohnya, dengan menggunakan minyak tea tree atau cuka epal (apple cider vinegar).

    Pun begitu, tiada bukti saintifik bahawa kaedah ini berkesan. Apa-apa pun, lebih baik jika anda dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu. – RELEVAN

    Previous ArticleJual tin dan kotak terbuang sebelum bergelar usahawan berjaya  
    Next Article Duit raya itu sedekah, beri ikut kemampuan

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.