Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak pokai selepas Aidilfitri, berbelanjalah dengan jimat

    Elak pokai selepas Aidilfitri, berbelanjalah dengan jimat

    By Umi FatehahApril 4, 2023Updated:April 6, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 Tip jimat berbelanja untuk Aidilfitri. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON

    BERBELANJA untuk persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini mungkin sedikit mencabar dek kekangan kewangan. Hal ini kerana rata-rata ibu bapa baru sahaja berbelanja wang yang agak besar untuk persiapan sekolah anak-anak.

    Kalau diikutkan, perbelanjaan sekolah perlu dilakukan kerana pendidikan lebih utama berbanding perayaan. Justeru, mungkin agak sukar untuk rancang belanjawan dengan baik kerana segalanya berlaku dalam jangka masa yang dekat.

    Oleh itu, Relevan kompilasikan beberapa tip jimat berbelanja bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

    1. Senaraikan keperluan

    Senaraikan semua barang keperluan yang perlu dibeli seperti baju raya, kasut raya sehinggalah barang yang diperlukan untuk membuat kuih raya dan rendang.

    Susun mengikut apa yang perlu dibeli dahulu. Sebagai contoh, baju raya diletakkan sebagai barang utama yang perlu dibeli. Barang-barang untuk membuat kuih dan rendang boleh dibeli kemudian.

    Kebiasaannya, barang bagi memasak rendang dibeli beberapa hari sebelum hari raya bagi memastikan ramuan yang digunakan dalam keadaan segar.

    2. Banding harga

    Tidak kiralah sama ada anda gemar membeli-belah di kedai fizikal atau mencari tawaran dalam talian, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah membandingkan harga.

    Pastikan anda membandingkan harga untuk setiap kedai dan dapatkan tawaran terbaik yang lebih menjimatkan.

    Sekiranya anda berbelanja di kedai fizikal, lawat beberapa kedai lain untuk membandingkan harga. Jika anda berbelanja secara dalam talian, perkara ini lebih mudah untuk dilakukan kerana anda hanya perlu taipkan pada enijn carian.

    Sebagai contoh, anda ingin membeli baju kebaya sulam untuk baju raya. Bandingkan harga baju dengan beberapa kedai yang lain untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan rekaan yang lebih bersesuaian dengan cita rasa.

    Dalam konteks pembelian barangan dapur, bandingkan harga dengan pasar raya yang berbeza. Manfaatkan aplikasi perbandingan harga barang yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu aplikasi KitaJaga atau Price Catcher.

    3. Berbelanja dalam talian

    Umum mengetahui berbelanja dalam talian adalah lebih mudah berbanding berbelanja secara fizikal. Ia menjimatkan masa, wang, tenaga dan minyak kereta.

    Rujuk kembali tip pertama. Anda sudah sediakan senarai barangan yang perlu dibeli, bukan? Cari satu per satu barang yang diperlukan mengikut keperluan di platform seperti Shopee, Ezbuy, Lazada dan banyak lagi.

    Kebanyakan daripada platform beli belah telah pun memulakan jualan sempena Ramadan dan Aidilfitri. Kebanyakan daripada jualan ini juga mempunyai diskaun. Namun, perlu teliti kembali keperluan. Jangan mudah terpukau dengan perkataan diskaun.

    4. Beli menggunakan kad yang betul

    Dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang cukup-cukup makan, pilihan yang paling jelas untuk terus hidup ialah berjimat.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengorbankan setiap perkara. Terdapat cara anda masih mampu membeli beberapa keperluan dengan lebih bijak.

    Gunakan kad kredit pulangan tunai yang tinggi untuk perbelanjaan harian. Ia akan membantu anda mengurangkan beberapa kenaikan harga.

    Sesetengah kad menawarkan pulangan tunai (cash back) sehingga 10 peratus untuk barangan runcit, petrol dan sebagainya. Ada juga syarikat bank yang menawarkan pulangan tunai sehingga RM250.

    Namun, pastikan tidak terlebih berbelanja kerana khuatir anda tidak mampu membayar semula jumlah yang dibelanjakan dengan kad kredit.

    5. Bajet sampul surat (envelope budgeting)

    Terdapat pelbagai petua belanjawan yang Relevan kongsikan seperti pengasingan 50/30/20. Kali ini, salah satu kaedah paling mudah yang anda boleh cuba ialah bajet sampul surat.

    Persediaan raya biasanya melibatkan banyak pembelian bagi memastikan anda mempunyai semua yang diperlukan.

    Semasa dalam mood membeli-belah, besar kemungkinan anda boleh tersesat atau terpukau dengan harga tawaran sehingga berbelanja melebihi bajet yang ditetapkan. Tetapi anda boleh mencuba kaedah belanjawan ini semasa membuat persiapan raya.

    Tetapkan berapa banyak yang anda ingin belanjakan untuk persiapan Aidilfitri dan bahagikan wang mengikut kategori yang berbeza.

    Sebagai contoh, anda boleh memperuntukkan RM300 untuk baju raya, RM500 untuk juadah Raya dan RM200 untuk perbelanjaan tambahan. Keluarkan wang tunai daripada akaun anda dan masukkan ke dalam sampul surat individu.

    Bahagian yang paling penting dalam kaedah ini ialah disiplin. Jika anda berbelanja berlebihan pada satu kategori, kurangkan kategori yang lain. – RELEVAN

    aidilfitri bajet beli-belah featured jimat kewangan Ramadan raya wang
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.