Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Petani Bukan Pemalas: Menyelami dilema pembekal makanan utama negara

    Petani Bukan Pemalas: Menyelami dilema pembekal makanan utama negara

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 20, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ISU bekalan makanan negara menjadi topik utama perbualan masyarakat ketika ini. Bayangan negara kekurangan bekalan makanan dan harga makanan asas seperti beras, daging, ayam dan sayur-sayuran melonjak membimbangkan semua pihak.

    Krisis makanan yang berlaku kini seharusnya menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan dan jasa para petani yang selama ini membanting tulang untuk menyediakan bekalan makanan negara, walaupun keuntungan daripada pekerjaan tersebut tidaklah sebesar mana. 

    Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada para petani apabila mereka menuntut hak untuk mendapat bantuan secukupnya, menolak monopoli korporat dalam pembekalan benih serta membantah penggunaan teknologi merugikan seperti padi yang diubah suai genetik (GMO). Ada yang mendakwa mereka pemalas, tiada pengetahuan dan menolak pembaharuan.

    Awal minggu ini, sebuah dokumentari bertajuk Petani Bukan Pemalas disiarkan di saluran Youtube Freedom Film Fest. Dokumentari tersebut menyelami dilema sebenar golongan petani yang ditekan helah pembekal benih serta undang-undang yang tidak menyebelahi mereka.

    Dokumentari tersebut pertama kali diterbitkan pada Disember 2020. Namun begitu, isu yang dibangkitkan masih relevan sehingga kini. Ditambah dengan krisis makanan yang berlaku, dilema golongan petani lebih penting untuk difahami kerana jaminan bekalan makanan negara dibeban ke bahu mereka.

    Menurut pengarah dokumentari terbabit, Nurfitri Amir Muhammad, isu utama yang dibangkitkan dalam dokumentari itu tidak sepenuhnya selesai sehingga ke hari ini. Isu pembekalan dan harga benih contohnya, petani masih perlu membayar harga yang lebih untuk benih yang kurang kualiti.

    Jelasnya, hasil tayangan dokumentari dan demonstrasi yang dilakukan di pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyebabkan kementerian membentuk sistem baharu untuk pengedaran benih dengan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebagai pengedar tunggal.

    “Tapi itu tidak mencapai objektif yang dimahukan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), iaitu membuka pasaran benih supaya persaingan harga dan kualiti dapat berlaku. Idea kerajaan, dengan melantik Nafas sebagai pengedar tunggal, mereka dapat paksa Nafas untuk jaga kualiti. Tapi itu tidak berlaku.

    “Kemudian, kerajaan rombak semula sistem dan kembali ke sistem asal cuma dengan kawalan harga. Setiap beg benih diletakkan harga siling RM35. Cuma masih ada peruncit yang menjual lebih daripada harga tersebut. Kementerian seolah-olah tidak mengawal.

    “Harga RM35 itu jadi harga di kilang sebab tidak ditulis dalam arahan, harga RM35 itu di peringkat mana. Jadi masalahnya masih sama, cuma lebih terkawal. Kilang keluarkan RM35 satu beg, peruncit biasanya jadi lebih kurang RM40,” katanya kepada Relevan.

    Begitu juga, jelas Nurfitri Amir yang juga Penyelaras Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), masalah kualiti benih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dan pihaknya akan terus berkempen untuk memperjuangkan masalah benih. Ia termasuk masalah jadual pengedaran benih yang kucar-kacir. 

    “Tak tahu apa masalahnya sehingga jadual air, penanaman benih dah lari teruk. Mungkin perlu rehat satu musim untuk nilai semula keseluruhannya,” katanya.

    Menurut Nurfitri Amir, krisis yang melanda negara ketika ini seharusnya mengingatkan orang ramai untuk lebih menghargai peranan petani dalam negara. 

    Tambahnya, kerajaan juga tidak boleh berkira-kira untuk membantu petani kerana isu pertanian dan penghasilan makanan bukan sekadar tentang pertanian, malah melibatkan keselamatan negara.

    “Bila sekarang kita rasa secara terus kesan kenaikan harga barang, orang ramai mula rasai kepentingan petani. Apa-apa pun, kita sudah terlambat. Kita tidak beringat awal. Kalau sekarang nak tanam, bukan boleh tumbuh esok. Harga (makanan) tetap mahal kerana input pertanian sudah mahal.

    “Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk kita tambah baik kebajikan petani supaya mereka boleh terus hasilkan makanan untuk kita.

    “Kerajaan tak boleh nak berkira-kira, kalau buat ini kerajaan akan rugi, terpaksa tanggung beban. Tidak. Sebab ini memang beban yang mesti ditanggung kerajaan. Apabila kebajikan petani tidak dijaga, akan berlaku inflasi atau kerajaan perlu tanggung beban untuk kemudahan, subsidi dan sebagainya,” katanya. – RELEVAN

     

    Previous ArticleKadar pengangguran semakin baik, 4.1 peratus pada suku pertama 2022
    Next Article Sakit ketika haid? Ini punca dan tip melegakan kesakitan, menurut pakar

    Artikel berkaitan

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.