Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » SOP Covid-19 disemak semula, ini 9 kelonggaran baharu yang diberikan

    SOP Covid-19 disemak semula, ini 9 kelonggaran baharu yang diberikan

    By dan Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 27, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    NEGARA bergerak setapak lagi ke hadapan dalam peralihan ke endemik apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan sembilan lagi semakan semula langkah-langkah pencegahan dan kawalan Covid-19.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi dalam menguruskan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara.

    Kata beliau, sistem perkhidmatan kesihatan negara kini berada pada tahap yang semakin pulih dengan kadar kemasukan kes Covid-19 ke hospital dan penggunaan wad rawatan rapi semakin berkurangan.

    “Kejayaan ini juga disumbang oleh kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

    Relevan menyenaraikan kesemua sembilan semakan semula langkah-langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei ini..

    • Protokol keperluan uji dan lepas bagi kes positif Covid-19

    Individu yang dikesan positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan wajib bermula pada hari keempat sekiranya telah disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan. Namun, sekiranya masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh hari.

    Ujian yang dibuat hendaklah dilakukan menggunakan RTK Antigen dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan MMC, sama ada secara fizikal atau secara maya Keputusan ujian hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu jam agar individu tersebut segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan.

    • Semakan semula keperluan vaksinasi lengkap untuk kemasukan ke premis

    Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka. Individu yang tidak masuk ke premis hanya individu positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap serta individu dalam tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

    • Semakan semula keperluan pengujian Covid-19 ke atas pengembara baru tiba di Malaysia

    Keperluan pengujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas (PDT) ke Malaysia dan pengujian Covid-19 semasa ketibaan (OAT) digugurkan bagi pengembara berusia 13 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi; pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia serta pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.

    Polisi yang sama juga akan diguna pakai bagi semua kategori pengembara termasuk umrah, haji dan pekerja asing. Bagi pengembara umrah dan haji, mereka dikehendaki menerima vaksin penggalak sebelum berlepas ke Tanah Suci.

    • Semakan semula keperluan insurans bagi pengembara bukan warganegara 

    Insurans Covid-19 bagi pengembara bukan warganegara tidak lagi menjadi prasyarat kemasukan ke Malaysia.

    • Semakan semula keperluan pemakaian pelitup muka

    Pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan. Namun, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19. 

    • Semakan semula keperluan penjarakan fizikal 

    Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan seratus peratus kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal antara individu atau kumpulan tidak diperlukan. Namun, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

    • Semakan semula keperluan imbasan kod QR MySejahtera

    Imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk pengesanan kontak. 

    Individu dengan status “Risiko Tinggi” pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan HSO tidak dibenarkan masuk ke premis. Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya.

    • Etika salam dan penjagaan kebersihan tangan

    Perbuatan salam dibenarkan tetapi dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa mencuci atau membersihkan tangan. Jangan sentuh muka selepas bersalaman.

    • Semakan semula senarai aktiviti dilarang dalam SOP MKN

    Senarai perkara-perkara yang tidak dibenarkan dalam SOP MKN terbitan 1 April 2022 digugurkan. Agensi berkaitan hendaklah menyediakan protokol bagi pengoperasiannya. Prosedur ini akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei 2022. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.