Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belum ada kes kematian berhubung kait secara langsung dengan pengambilan vaksin

    Belum ada kes kematian berhubung kait secara langsung dengan pengambilan vaksin

    By March 16, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEBANYAK 607 laporan melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin Covid-19 telah diterima Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan namun belum ada mana-mana kes yang dilaporkan mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin yang diterima.

    Pengarah NPRA, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, daripada 607 laporan yang diterima, 451 laporan telah selesai penyiasatan dan penilaian oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) dan kesemua 451 laporan tersebut mendapati tiada kaitan langsung antara kematian dengan penerimaan vaksin.

    Sebanyak 156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh JFK.

    Menurut Roshayati, secara keseluruhannya, Sistem Pelaporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) NPRA telah menerima sejumlah 25,746 laporan AEFI vaksin Covid-19 yang perlu dinilai, termasuk 1,411 laporan melibatkan dos penggalak dan 182 laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

    Kata beliau, kadar pelaporan AEFI melalui Sistem AEFI NPRA itu secara keseluruhannya direkodkan sebanyak 379 laporan bagi setiap sejuta dos.

    “Hasil penilaian ke atas laporan yang diterima, 93 peratus atau 23,957 daripada AEFI yang dilaporkan adalah bagi kes-kes yang tidak serius.

    “Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan merupakan antara kesan advers yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin. Kesan-kesan ini biasanya akan pulih dalam masa satu hingga dua hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Roshayati, daripada keseluruhan laporan AEFI yang diterima, terdapat 1,789 laporan bersamaan kadar 26 laporan bagi setiap sejuta dos yang dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Ia merujuk kepada kesan yang menyebabkan kemasukan ke dalam wad atau pemanjangan tempoh di wad, membahayakan nyawa, menyebabkan kehilangan upaya yang signifikan atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh dan menyebabkan kecacatan semasa lahir atau disyaki menyebabkan kematian.

    “Semua laporan AEFI serius yang diterima ini memerlukan penyiasatan lengkap dan penilaian terperinci sebelum hubung kait kesan yang dilaporkan dan vaksin yang diterima dapat ditentukan,” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 langkah penting untuk minta naik gaji
    Next Article 28,298 kes baharu, 105 kematian

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.