Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri?

    Apakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri?

    By Umi FatehahJune 14, 2024Updated:June 14, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apakah hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri? - GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

    PADA 17 Jun ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Peristiwa setiap 10 Zulhijjah itu biasanya disambut dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ibadah ini dilaksanakan oleh umat Islam bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

    Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

    Walaupun telah menjadi amalan lazim, satu perkara ini pasti menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat: bolehkah menggunakan daging korban untuk hidangan majlis atau kenduri?

    Bagi menjawab persoalan tersebut, Relevan telah merujuk laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Secara amnya, hukum mengerjakan ibadah korban adalah sunat muakkad, melainkan ia diwajibkan pada dua keadaan iaitu:

    • Korban dengan nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
    • Korban yang telah ditentukan iaitu korban yang diniatkan ke atas haiwan tertentu.
      Contohnya, seseorang telah berkata ”lembu ini adalah khusus untuk ibadah korbanku.” Maka wajib disembelih lembu tersebut dengan niat korban.

    Dalam mazhab Syafie, daging korban wajib disedekahkan sebahagiannya biarpun sedikit kepada fakir miskin dan disyaratkan wajib diberikan kepada mereka dalam keadaan daging mentah. Ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada penerima (fakir miskin) memanfaatkan daging tersebut sama ada untuk memasak, berjual beli dan sebagainya.

    Perkara paling afdal adalah bersedekah dengan kesemua daging korban tersebut melainkan sesuap makanan agar dapat mengambil keberkatan daripada ibadah itu di samping mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

    Oleh itu, daging korban sebaiknya disedekahkan dalam bentuk mentah berbanding telah dimasak.

    Berhubung isu daging korban yang disediakan untuk dijadikan bahan masakan bagi majlis kenduri, Imam al-Syirbini ada berkata:

    فَلَا يَكْفِي جَعْلُهُ طَعَامًا وَدُعَاءُ الْفُقَرَاءِ إلَيْهِ؛ لِأَنَّ حَقَّهُمْ فِي تَمَلُّكِهِ لَا فِي أَكْلِهِ، وَلَا تَمْلِيكُهُمْ لَهُ مَطْبُوخًا

    Maksudnya: “Maka tidak memadai dengan menjadikan (memasak) daging tersebut sebagai makanan dan menjemput orang-orang fakir untuk menjamahnya. Hal ini kerana, hak mereka adalah pada pemilikan dan bukannya pada menjamah makanan, sedangkan mereka tiada pemilikan terhadap makanan yang dimasak itu.”

    Syeikh Muhammad al-Zuhaili juga menyebut sekiranya daging korban tersebut dimasak atau dimakan kesemuanya, maka wajib ke atas tuan korban membayar ganti rugi dengan kadar yang menyerupai nilai sedekah.

    Berdasarkan permasalahan menggunakan daging korban untuk majlis kenduri, maka di sini hukumnya adalah harus.

    Namun, tuan korban mestilah memperuntukkan sebahagian daging korban mentah kepada golongan fakir miskin sebagai sedekah. Kemudian, baki daging korban selebihnya boleh digunakan untuk masakan majlis kenduri dan dihidangkan kepada orang ramai. – RELEVAN

    Previous ArticlePelajar 16 tahun hasilkan mural terbaik untuk Gardenia QuickBites
    Next Article Hukum sembelih waktu malam, binatang cacat dan sedekah bahagian tanpa penama

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.