Facebook Twitter
    Trending
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah unik disebalik jenama To’ak, coklat termahal di dunia

    Kisah unik disebalik jenama To’ak, coklat termahal di dunia

    By April 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    COKLAT To'ak diperbuat daripada koko Nacional yang jarang ditemui.

    KOKO Nacional yang jarang ditemui dan hanya dituai dari 14 ladang di lembah Piedra de Plata, Ecuador menjadikan coklat jenama To’ak paling mahal dan berharga di di dunia.

    Kaedah penghasilannya yang sangat unik memberi rasa Istimewa kepada To’ak sehingga orang sanggup membayar harga mahal untuk sekeping coklat.

    Sehubungan itu, To’ak kerap dirujuk sebagai ‘coklat paling mahal di dunia’ kerana bar coklat kecilnya dijual sehingga AS$490 (RM2,315.87) setiap bar (50 gram). Ia juga mempunyai kisah yang menarik.

    “Kami mahu mencipta coklat yang unik dan cantik, sesuatu yang melampaui sekadar coklat yang mahal dan begitu juga pengalaman menikmatinya,” tulis pengasas bersama To’ak, Jerry Toth di blog syarikat itu.

    Jadi apakah yang membuatkan To’ak begitu istimewa sehingga sanggup membelanjakan ratusan dolar untuk sekeping coklat kecil?

    Pertama sekali, syarikat itu hanya menggunakan koko Nacional terbaik, varieti purba yang telah diklasifikasikan sebagai pupus pada tahun 2009.

    To’ak bertuah kerana menemui beberapa kebun koko tertua di dunia di Lembah Piedra de Plata, beberapa daripadanya kemudiannya disahkan oleh analisis DNA sebagai 100 peratus koko Nacional.

    Menurut Galavante, To’ak membayar kadar tertinggi di dunia kepada penanam koko terpilihnya dan faktor itu juga mempengaruhi harga produk akhir.

    Kemudian ada proses unik untuk membuat coklat itu. Biji koko dipilih dengan tangan untuk memastikan hanya yang terbaik sahaja berjaya memasuki peringkat pemprosesan.

    Selain daripada harganya, To’ak paling terkenal dengan perintis penuaan coklat, satu proses yang diilhamkan oleh penuaan minuman keras seperti wiski dan cognac.

    “Apabila wiski disimpan dalam tong kayu oak, ia mengeluarkan sebatian kimia ini daripada kayu dan menariknya ke dalam wiski yang memberikan rasa dan warna,” jelas catatan blog To’ak.

    Apabila coklat menua dalam tong kayu, proses yang sama berlaku.

    Walaupun dalam bentuk pepejal, coklat mempunyai kelebihan menarik dalam mengekstrak rasa dan aroma daripada kayu iaitu minyak penyerap yang secara semula jadi terdapat dalam koko.

    To’ak telah bereksperimen dengan beberapa teknik penuaan, meletakkan coklat dalam pelbagai jenis tong (ex-cognac, ex-whisky) serta dalam bekas kayu Ecuador untuk pelbagai tempoh masa (dari beberapa bulan hingga lapan tahun).

    Syarikat itu juga mencampurkan coklatnya dengan sebatian aromatik seperti lada kampot Kemboja, kayu Palo Santo Ecuador atau oren galapagos dan sentiasa mencuba cara baharu untuk meningkatkan rasa coklatnya.

    Perlu diingat bahawa pembungkusan artistik dan bekas kayu buatan tangan dalam kebanyakan produk To’ak turut mengambil kira harga coklat itu.

    Jelas jenama itu, ia menjual pengalaman yang kompleks dan berdasarkan kejayaan antarabangsa jenama itu, sesetengah orang tidak keberatan membayar ratusan dolar untuk itu.

    Tidak semua orang sanggup membayar lebih AS$60 (RM283) sehingga AS$490 (RM2,315) untuk satu bar coklat, jadi anda tidak mungkin menemui coklat To’ak di rak pasar raya.

    Coklat tersebut hanya dijual secara eksklusif di laman web rasmi To’ak.- RELEVAN

    Previous Article“Nak…mak teringin nak pakai baju Choii hari raya nanti”
    Next Article Seimbangkan kerja hakiki dan kerja sampingan dengan cara ini

    Artikel berkaitan

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026
    Artikel Terkini

    8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

    January 26, 2026

    Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    January 26, 2026

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.