Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    By Umi FatehahDecember 15, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah empat peratus boleh menyelamatkan hari tua anda? - GAMBAR HIASAN ALEX BOYD/UNSPLASH

    PERSARAAN sering dianggap sebagai urusan masa depan dan tidak perlu difikirkan sekarang.

    Tekanan kehidupan termasuk bebanan sewa rumah, ansuran pinjaman dan kos sara, membuatkan ramai melupakan keperluan untuk menyimpan untuk hari tua.

    Menurut Maybank, perancangan awal bukan bermaksud mengikat perut dan mengorbankan kehidupan sekarang. Sebaliknya, ia memberi kebebasan kepada diri kita pada masa depan supaya tidak perlu bekerja kerana terpaksa tetapi ia menjadi pilihan.

    Apa itu peraturan 4 peratus?

    Maybank mengetengahkan satu konsep popular dalam perancangan persaraan iaitu peraturan empat peratus. Secara ringkas, peraturan ini digunakan untuk menganggarkan berapa banyak simpanan diperlukan bagi membiayai kehidupan selepas bersara.

    Peraturan ini menganggarkan seseorang boleh mengeluarkan sekitar empat peratus daripada jumlah simpanan persaraan setiap tahun. Jumlah tersebut kemudiannya disesuaikan mengikut kadar inflasi bagi memastikan simpanan mampu bertahan dalam tempoh sekitar 30 tahun.

    Jika seseorang bersara dengan simpanan RM1 juta, empat peratus daripadanya bersamaan RM40,000 setahun atau kira-kira RM3,300 sebulan.

    Jika kadar inflasi meningkat, jumlah pengeluaran tahunan akan disesuaikan supaya kuasa beli kekal sama. Prinsip asasnya ialah bermula dengan empat peratus, kemudian dinaikkan jumlah pengeluaran setiap tahun mengikut inflasi bukan mengikut emosi atau keadaan pasaran semasa.

    Peraturan empat peratus berasal daripada kajian kewangan di Amerika Syarikat dikenali sebagai Trinity Study yang mengkaji prestasi portfolio pelaburan jangka panjang merangkumi saham dan bon.

    Kajian ini mendapati bahawa kadar pengeluaran empat peratus mempunyai kebarangkalian tinggi untuk bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun dalam kebanyakan senario pasaran.

    Namun penting untuk difahamkan bahawa ini bukan jaminan dan ia bukan formula mutlak yang sesuai untuk semua orang.

    Adakah peraturan empat peratus sesuai untuk rakyat Malaysia?

    Beberapa perkara perlu dipertimbangkan:

    • Kos sara hidup di Malaysia berbeza mengikut lokasi dan gaya hidup
    • Jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat, melebihi 75 tahun
    • Ramai bergantung kepada KWSP sebagai simpanan utama, bukan portfolio pelaburan pelbagai aset

    Menurut data KWSP sendiri, sebahagian besar pencarum kehabisan simpanan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara, jauh lebih singkat daripada tempoh 20 – 30 tahun yang diandaikan dalam peraturan empat peratus.

    Ini menunjukkan bahawa peraturan empat peratus boleh dijadikan anggaran awal tetapi perlu disesuaikan dengan realiti tempatan.

    Kenapa perlu mula sekarang walaupun gaji kecil?

    Salah satu mesej utama Maybank ialah: masa lebih penting daripada jumlah.

    Antara manfaat jika impanan kecil dibuat secara konsisten:

    • Mendapat manfaat daripada faedah kompaun
    • Memberi ruang untuk risiko yang lebih rendah
    • Mengurangkan tekanan untuk mengejar simpanan di usia lewat

    Sebaliknya, menangguhkan perancangan persaraan selalunya memaksa seseorang menyimpan lebih banyak dalam tempoh yang lebih singkat iaitu sesuatu yang tidak realistik bagi kebanyakan pekerja.

    Pakar kewangan turut mengingatkan bahawa peraturan empat peratus mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, ia bergantung kepada sejarah prestasi pasaran dan tidak mengambil kira kemungkinan berlakunya krisis ekonomi besar secara berturut-turut.

    Peraturan ini juga tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang memerlukan perbelanjaan fleksibel.

    Sesetengah pakar kini mencadangkan penggunaan kadar yang lebih konservatif iaitu antara tiga hingga tiga setengah peratus, terutamanya bagi individu yang menjangkakan tempoh persaraan yang lebih panjang atau menghadapi kos perubatan yang tinggi.

    Apa yang lebih penting daripada angka?

    Akhirnya, perancangan persaraan bukan sekadar soal menyimpan untuk hari tua sahaja.

    Ia berkaitan dengan berapa lama kita dijangka hidup selepas bersara, gaya hidup, perlindungan kesihatan dan sejauh mana boleh meneruskan kehidupan dengan simpanan tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleKesan negatif penyedut minuman
    Next Article 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.