Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    By AMAL HAYATI FAUZINovember 14, 2025Updated:November 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NewsCamp 5.0 bentuk pelajar kewartawanan cakna tentang komuniti. GAMBAR HIASAN

    DALAM arus teknologi yang berkembang pesat, pengamal media memikul tanggungjawab penting untuk melaporkan isu semasa berkaitan komuniti setempat. Selain menyalurkan maklumat sahih, mereka juga bertanggungjawab membentuk kesedaran masyarakat untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam komuniti setempat.

    Menyedari hakikat itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) menganjurkan Program Newsroom Champions Bootcamp (NewsCamp 5.0) bagi membincangkan tentang pelaporan komuniti sebagai pemangkin perubahan sosial.

    Bengkel Kewartawanan atau NewsCamp 5.0 yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir kewartawanan itu disertai lebih daripada 100 pelajar dari UiTM Shah Alam dan kampus lain. 

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Ainol Amriz Ismail, program bermanfaat seperti NewsCamp 5.0 memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti cabaran media yang semakin hebat serta komitmen wartawan khusus media arus perdana.

    “Banyak cabaran akan menanti wartawan di masa hadapan, dan pastinya program ini membantu menyiapkan peserta sebelum mereka menjalani latihan praktikal. 

    “MPI juga akan mengadakan Mini Forum yang akan berlangsung di UiTM Kampus Rembau. Ia program yang menghubungkan pihak industri bertemu dengan pelajar untuk berkongsi pengalaman,” katanya.

    Dua sesi bermanfaat oleh panel jemputan

    Bengkel selama sehari itu melibatkan dua sesi utama bersama pengamal media profesional daripada Media Prima Berhad iaitu Hilmi Abdul Malik, Wartawan Penyiasatan yang berkongsi pengalaman dalam sesi bertajuk “Writing Guidance on Community News”. Dalam sesi yang lain,  Zharif Aziz Desa, Wartawan Multimedia, turut mengendalikan dengan topik “The Local Angle: Discovering Impactful Community Stories”.

    Menerusi kedua-dua perkongsian itu,  secara tidak langsung memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti dan cara membuat laporan yang autentik, berimpak tinggi serta mencerminkan realiti sebenar masyarakat.

    Panel jemputan Hilmi berkata, Bengkel Kewartawanan seperti NewsCamp 5.0 perlu diteruskan kerana banyak potensi yang boleh digilap khususnya buat para pelajar.

    “Saya berharap untuk program akan datang lebih ramai tokoh-tokoh media datang berkongsi pengalaman mereka dengan pelajar-pelajar kerana ia merupakan satu inisiatif yang perlu diteruskan bagi menjamin kualiti pelajar Komunikasi dan Pengajian Media mendapatkan tempat di luar apabila menjejakkan kaki ke industri,” ujarnya.

    Zharif Aziz Desa yang juga salah seorang daripada panel jemputan bengkel media tersebut menegaskan peranan wartawan sebagai jambatan antara kerajaan dan masyarakat.

    “Peranan wartawan penting kerana mereka bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi membentuk insan yang berguna, berpengalaman, berilmiah, berjati diri, seperti guru yang membantu menyampaikan ilmu,” tambahnya.

    Pengalaman berharga buat pelajar kewartawanan

    Ketua Projek NewsCamp 5.0, Haikal Mohd Nor Azmi berkata, inisiatif ini memberi pengalaman berharga kepada pelajar tahun akhir kewartawanan UiTM selaku penganjur program tersebut.

    “Projek tahun akhir pelajar kewartawanan ini telah banyak memberikan pendedahan kepada kami tentang pentingnya membina jalinan industri dengan organisasi, pengamal media dan juga alumni. 

    “Melalui program seperti ini, kami bukan sahaja belajar kemahiran teknikal kewartawanan, tetapi juga membina rangkaian profesional yang bermanfaat untuk kerjaya masa hadapan,” katanya. -RELEVAN

    Previous ArticleCara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Next Article Tanda-tanda anda seorang workaholic

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.