Facebook Twitter
    Trending
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    By Umi FatehahNovember 5, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    APABILA membayangkan seorang pejuang, mungkin terlintas di fikiran sosok gagah memegang pedang, berbalut perisai dan berdiri megah di medan perang. Namun, tidak semua pejuang begitu. Ada yang berjuang bukan dengan senjata tetapi dengan iman yang tidak pernah goyah.

    Sumayyah binti Khayyat ialah salah seorang daripadanya. Seorang wanita yang hidup sederhana – tanpa harta dan kedudukan tetapi memiliki semangat luar biasa. Sejarah Islam mengenang beliau sebagai wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan kepercayaan kepada Allah SWT.

    Kehidupan awal

    Sumayyah dilahirkan di Makkah sekitar 20 tahun sebelum kedatangan Islam. Beliau bukan daripada golongan bangsawan, sebaliknya seorang hamba kepada keluarga Abu Hudhaifah bin al-Mughirah daripada Bani Makhzum. Suaminya bernama Yasir bin Amir, seorang lelaki dari Yaman yang berhijrah ke Mekah untuk mencari rezeki.

    Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ammar bin Yasir. Anak itu kemudian menjadi antara sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan keimanannya. Keluarga kecil ini hidup sederhana. Tanpa kemewahan, tanpa kedudukan tetapi kaya dengan hati yang baik.

    Apabila Rasulullah SAW mula menyebarkan ajaran Islam secara terbuka, keluarga Yasir termasuk antara golongan awal yang menerima hidayah. Mereka percaya kepada keesaan Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Namun, keimanan itu juga menjadi ujian buat mereka sehingga melalui penderitaan yang amat dahsyat.

    Diseksa kerana beriman

    Kaum Quraisy tidak dapat menerima hakikat bahawa seorang hamba seperti Sumayyah berani menolak sembahan berhala mereka. Mereka melihat keimanan keluarga Yasir sebagai satu penghinaan kepada tradisi dan kuasa kaum bangsawan Mekah.

    Sumayyah bersama suami dan anaknya diikat tangan serta kaki sebelum diseret ke tengah padang pasir yang membahang. Tubuh mereka disarungkan dengan besi panas dan dijemur di bawah terik mentari, tanpa setitik air pun untuk membasahkan bibir. 

    Setiap kali cuba menahan kesakitan, cemeti akan singgah ke tubuh mereka berulang hari demi hari tanpa belas kasihan.

    Siksaan yang ditanggung Sumayyah lebih berat daripada suami dan anaknya. Pasir panas ditabur ke atas tubuhnya, batu besar diletakkan di dadanya hingga sukar bernafas. Namun, wajahnya tetap tenang. Bukan kerana tidak merasa sakit tetapi kerana hatinya penuh keyakinan kepada Allah.

    Abu Jahal kemudian mendekatinya dengan janji palsu. Sumayyah dan keluarga dijanjikan kebebasan dengan syarat mereka meninggalkan Islam. Tetapi jika masih berpegang pada agama Muhammad SAW, seksaan akan diteruskan tanpa henti. 

    Namun, Sumayyah tidak gentar. Walaupun lemah, beliau tetap menyebut kalimah yang sama.

    “Ahad! Ahad! Ahad!” – Allah Yang Satu.

    Sabar dan janji syurga

    Ketika Rasulullah SAW melalui kawasan itu dan melihat keluarga Yasir diseksa, hati Baginda tersentuh. Dengan penuh kasih, Baginda menenangkan mereka sambil bersabda:

    “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan bagi kamu adalah syurga.”

    Kata-kata itu menjadi penguat semangat buat keluarga kecil itu. Walaupun tubuh mereka penuh luka, jiwa mereka menjadi lebih tenang dan yakin bahawa kesabaran mereka tidak sia-sia di sisi Allah.

    Keberanian terakhir seorang wanita

    Tidak lama kemudian, Abu Jahal kembali menghampiri Sumayyah dengan kemarahan yang membuak. Dia terus menghina, mencaci dan memujuk Sumayyah supaya kembali kepada agama nenek moyang mereka. Namun, wanita tabah itu membalas dengan kata-kata tegas yang membakar hati si penindas.

    “Apakah hanya ini yang mampu engkau lakukan, wahai musuh Allah? Sesungguhnya azab yang lebih pedih sedang menantimu di neraka.”

    Kata-kata itu membuat Abu Jahal hilang pertimbangan. Dengan penuh kebencian, dia menikam Sumayyah dengan tombak pada bahagian tubuhnya hingga menembusi leher. Di padang pasir itu, Sumayyah menghembuskan nafas terakhir dan menjadikannya wanita pertama yang syahid di jalan Allah.

    Tidak lama selepas itu, suaminya Yasir turut meninggal dunia kerana seksaan yang sama. Hanya anak mereka, Ammar yang masih hidup. Dia menyaksikan sendiri bagaimana kedua-dua orang tuanya pergi dengan iman yang teguh.

    Sumayyah tidak memiliki pangkat atau kuasa tetapi hatinya teguh mempertahankan agama. Beliau menunjukkan kepada dunia bahawa menjadi pejuang tidak semestinya mengangkat pedang. Kadangkala, cukup dengan tidak berpaling tadah daripada Maha Pencipta walaupun diseksa manusia dengan kejam.

    Kematian Sumayyah bukan kekalahan tetapi sebaliknya kemenangan abadi. Namanya terukir dalam sejarah Islam sebagai wanita pertama yang syahid di jalan Allah dan semangatnya menjadi lambang keteguhan bagi umat Islam hingga ke hari ini. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.